Breaking

Saturday, February 02, 2013

Gunting Rambut Naik RM2.

Tukang gunting rambut atau dalam bahasa omputih Barber telah pun menaikkan harga perkhidmatan gunting rambut. Pekerjaan ini yang dipelopori majoritinya kaum India di negara ini telah memutuskan untuk mengenakan kenaikan sebanyak RM2 yang berkuatkuasa Jumaat .(semalam)



gambar hiasan
Presiden Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India, K. Kaviarasan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat mereka di sini, Rabu lalu.

"Caj terdahulu sebanyak RM11 untuk memotong rambut dan mencukur dinaikkan kepada RM13 manakala mereka yang sebelum ini mengenakan bayaran sebanyak RM12 boleh naikkan kepada RM14," katanya.
Sementara itu Kaviarasan berkata, caj sebanyak RM9 untuk memotong rambut dan mencukur di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang akan meningkat kepada RM11.
"Kami percaya kenaikan RM2 tidak akan membebankan pelanggan kerana mereka biasanya datang ke kedai gunting rambut kira-kira sekali sebulan," katanya, sambil menambah bahawa tukang gunting India mengenakan bayaran yang lebih rendah berbanding salun rambut lain.
Beliau berkata persatuan itu akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang gagal untuk mematuhi keputusan untuk menaikkan harga itu.-mstar
Untuk lebih info terjah SINI
Baru jer Muhyiddin Yassin umum akan ada 'berita' gumbira buat penjawat awam (naik gaji la kot), ni barang lain dah naik plak. Eh, aku tak merungutttttt...aku sukkkkkkkkker tinggal di Malaysia, tanah airku hehehe. 
Mujur jugak incik somi ader bakat gunting rambut so, takat ni boleh survive kot. Aku ni pun dahhhhhh....3 tahun tak gunting rambut hahaha! so padahal...aku pun boleh survive jugak insyaAllah (^_^)

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.