Saturday, February 02, 2013

# Anything and Everything

Jagalah Anak Baik-baik.

Kejadian sebegini memang mimpi ngeri bagi ibubapa dan kanak2 yang mengalaminya. Memang kiter tak boleh nak jangka benda ni nak jadi, walaupun kiter dah pastikan mereka jauh dari bahaya yang boleh mengundang padah.


foto:HM

“Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di Kampung Kuala Ibai, di sini.
Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.
“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.
“Ketika kami sibuk menyiapkan lauk, Shahlan tiba-tiba meluru masuk ke dapur dan mencapai kuali dipenuhi minyak di atas dapur.
“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.-HM
Aku juga pernah mengalaminya dulu. Mak pernah cerita waktu aku berumur 1 tahun, (baru nak pandai berjalan) aku tak reti duk diam dalam umah. mesti nak test power berjalan, maklumla masa tu baru dapat 'kaki' hehehe. Mak aku plak tengah wat air kopi panas untuk abah aku dan letakkannya di atas meja. Dulu alas meja kan guna alas plastik yang labuh tu kan. 
Tapi, mak aku dah letakkan cawan kopi tu jauh ke tengah meja skit. Ntah macam mana aku boleh pergi ke meja tu dan menarik alas plastik meja tu dan....uwaaaaaaaa!uwaaaaaaa!uwaaaaaaa!
Teriak(nangis) sungguh le aku waktu tu..mak aku kata. Aper lagi, dalam keadaan panik, mak dan abah cepat2 dukung aku bawak pi klinik. Mak aku kata lagi...muker aku merah sebelah masa tu...macam Two Faces *hahahahaha* Doktor Cina tu kasi ubat spesel punyer...dia sembur sejenis spray kat muker aku yang merah tu.....and siap!*spray jer????*
Now biler aku tengok muker aku...takde sebarang bekas lebam atau kesan merah2, fuh! good job!(^_^) Dan malam tu, abah aku kene bayar RM30 hengget kat doktor tu heeeee~
So now biler aku dah ada anak sendiri, memang aku akan lebih cerewet dengan keadaan sekeliling. Sapa tak sayang anak kannnnn? Eh, ader gak yang tak sayang anak....:(

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates