Ketahui BMI Anda.

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum!~

Dulu aku punya masalah....masalah BMI yang terlampau rendah. Maklumla, masa tu aku keding..!hehehe. 

Dengan berat aku yang hanya 45kg dan ketinggian 170cm....mana tak keding??! Macam-macam yang aku dah buat untuk naikkan berat badan aku supaya BMI aku kembali ke paras normal. 

Pastu doktor suruh naikkan berat badan...suruh makan...suruh minum susu...suruh itu suruh ini! Tapi aku tetap keding. Sampaila aku dah kawen dan beranak dua..pelan-pelan (perlahan-lahan) berat aku naik wahahahaha! Sukkewwwwww sangat wahahaha. 

Orang lain bagai nak rak makan ubat kurus nak bagi kurus, yang aku bantai makan tak hengat donia! wehehehehe....bahagia bahagia!


Carta BMI -korang boleh check paras BMI yang normal mengikut ketinggian
dan berat badan korang.

BMI -Body Mass Index...opkos korang dah tahu. Tapi, masih ramai lagi antara kita yang tak hamik peduli pasai BMI masing-masing. Pasaipa? Pasai masing-masing perasan KURUS!hehehe. 

So, kononnya takda masalahlah kalu tak check BMI kan?? Tettttttttt!! Wrong answer.....(^_^)

Pentingnya kita check BMI ni adalah kerana dengan cara ini kita boleh monitor tahap kesihatan dan mengekalkan berat badan yang ideal seiring dengan ketinggian kita. 

Jangan tak tahu kalu berat badan berlebihan dan tak 'ngam' dengan ketinggian nanti timbul masalah.....OBESITI

Dan, kalau terlampau kurus pulak pun tak elok jugak, nanti termasuk kategori Rangka hidup. Nak gitu??? 

Cara nak check BMI korang, senang je! Masukkan ketinggian dan berat badan dalam kotak kosong dan tekan Calculate untuk ketahui BMI korang.



BMI aku..yeay!

Kan sonang tu? Jadi, rajin-rajinlah check BMI korang jangan terlebih atau terkurang. Dulu BMI aku selalu bawah 18.5 tu...tensi tau! Bila usia dah nak menginjak ke three series ni barulah aku dapat BMI yang normal dan sesuai dengan ketinggian aku. 

Tambah plak aku ada hobi...mengunyah...sangatlah membantu me'maintain'kan BMI aku hahaha.

Klik SINI untuk dapatkan widget BMI.

So, rajin-rajinla check BMI korang ya. (^_^)

You Might Also Like

3 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM