Makanan Yang Boleh Buat Kita Pelupa.

Friday, February 01, 2013


Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.
Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.
Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)
Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

    1. Banyak makan epal yang sudah masam.(aku tak suker pun)
    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.(tak minat jugak)
    3. Banyak makan bawang besar. (tengok pada keadaan, kalu sambal bawang aku ratah jugak hehehe)
    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.(yang ni takleh lari la..)
    5. Memakan kepala ikan. (kureng skit la part ni..kecuali jika TERpaksa hehe)
    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. (incik somi PANTANG nampak semut dalam air)
    7. Makan sehingga terlalu kenyang. (adehh, kebanyakkannya memang gitu ler)
    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.(hohoho, setakat ni tak pernah lagi la. Kalu TERnampak konpem buang terus)
    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah. (hat ni orang suker hehehe. Tapi, aku pun cerewet gak bab ni)
    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam. (syukurlah tak sentuh..)
    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.(yang ni kadang2 jer hehe)
Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.
Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal.

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. zaman skrg ni..ssh nak elak kebanyakkan makanan tu...haisssh..

    ReplyDelete
  2. tersenge bila baca setiap penghujung jenis2 makanan tu..huhu..menarik.. ;)

    By JR Admin@pingje.org

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM