Wednesday, February 20, 2013

# Cerita My Pearls

Makanlah Anak....

Assalamualaikum sumer!~

Dah 3 hari my Pearls ajak mengeteh pas balik keje. Kelmarin diaorg ajak ngeteh kat kedai mamak pekena roti canai. Semalam, ajak gi makan yong tau foo plak warung yong tau foo yang masuk dalam JJCM dulu tu. Petang tadi, diaorg 'pau' aku KFC plak hahahaha. Kuat makan jugak anak-anak aku ni...maaaaaacammmmmmm ibu diaorg jugak wehehehe!~


beria nau makannyer!




Mujur jugak 3 tempat ni dekat sangat ngan umah aku. Satu kebaikan tinggal kat Desa Pandan ni ialah turun je tangga umah korang dah jumpa kedai makan hehehe. Kalu korang jenis suka lepak kat kedai makan malam-malam pas keje maka, korang boleh la pindah ke sini. Korang nak makan ape...fast food?mamak style?warung bawah pokok?ala carte? burger? satay? masakan seberang? sumer ada u name it! Restoran nasi padang, restoran ayam penyet pun ada di sini.

Kalu macam aku, kalu aku gi warung kat bawah tu selalunya aku order char kuey tiow @ kuey tiow kung fu. Kecualila kalu lapo bebenor baru aku order nasi. Tapi, aku ni plak jenis yang 'setia' kalu bab pilih warung ni. Kalu warung masak sedap, memang sepanjang hayatla aku gi makan kat situ hehehe. Tapi, kalu sekali aku makan tak sedap, memang aku 'cop' kedai tu sampai ke hujung nyawa! wahaha~

Pilihan makanan kat sini memang banyak, tinggal lagi korang nak cari yang sedap je la. Kalu nak cakap pasal harga pulak, aku rasa standard je kot harga makanan-makanan kat sini. Kalu macam fast food tu dah tentu fix price kan. Kalu macam warung ala carte tu, ada yang murah ada yang mahal sikit. Bese la.....K-Hell wahahahaha!~

Kat sini, waktu malam paling happening berbanding waktu siang. Gemerlapan dengan lampu-lampu kedai masing-masing, ader plak skrin tv besor untuk peminat bola (kedai mamak) memang la jadi tarikan bagi orang kat sini. Tapi, pada pemerhatian aku, meniaga makanan apa pun kat sini memang laku. Tapi, kene pastikan sedap la jangan plak rasa cam longkang kan hehehehe.

So, kalu korang belum lagi ke Desa Pandan dipersilakan la datang dan usha-ushala pilihan makanan kat sini. Mana tau ada yang berkenan di hati korang ker. Boleh gak kita jumpa-jumpa meeting-meeting sambil korang belanja aku makan wakakaka!~ gediks ini cik puan anim~

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?