Nur Islam Buat Lauren Booth.

Monday, February 18, 2013

Assalamualaikum sumer!~

Allahuakbar! Maha Benar firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
                                              (Surah Al-An'aam: ayat 125)

Mungkin ramai yang sudah maklum berita tentang pemelukan Islam beliau pada tahun 2010 selepas melalui 'pengalaman suci' di Iran.


Lauren Booth
Lauren Booth, 46, bertugas sebagai wartawan penyiaran dan aktivis kemanusiaan yang pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau memeluk Islam pertengahan September 2010.

"Betapa pantasnya akhbar media Britain mencela semua perkara yang saya buat khususnya apabila tindakan saya memeluk Islam.

"Status sebagai wanita berpendidikan, seorang ibu, petugas media sejak 20 tahun lalu dikecam sejurus saya melafazkan syahadah dan memakai hijab di khalayak umum. Mereka mendakwa tindakan saya disebabkan masalah kemurungan, krisis pertengahan umur atau terdesak kerana sesuatu," kata Booth.


Katanya, keputusan memeluk Islam disebabkan pengalaman spiritual yang dialaminya sewaktu mengunjungi makam Fatima Al-Masumeh di Qom, Iran.

"Pada petang Khamis itu, saya duduk berhampiran makam tetapi secara tiba-tiba saya seperti disuntik sejuta ketenangan yang sukar diungkapkan."Minda dan jiwa saya terasa bagai dilalui air yang dingin dan sekembalinya ke Britain, saya terus memeluk Islam," katanya.

Sejak itu, Booth terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Belajar menutup aurat, sembahyang lima kali sehari di masjid dan membaca al-Quran.

Beliau juga terus meninggalkan minuman keras yang menjadi kegemaran selama ini.

“Perkara ini sangat menghairankan kerana dahulunya setiap hari saya pasti meneguk arak satu atau dua gelas sehari,” katanya.-SH






# Betapa Islam telah menjadikan hidup Lauren Booth lebih bercahaya dan bersinar dari sebelumnya. Tapi, yang paling menyentuh hatiku adalah apabila mula-mula beliau memeluk Islam dan anak-anak perempuan beliau memandang positif akan perubahan yang dialaminya.

"Sebaik sahaja mereka dimaklumkan saya memeluk Islam, hanya tiga soalan diajukan kepada saya iaitu, adakah saya akan berhenti minum minuman keras, hisap rokok dan mendedahkan dada? Saya mengiakan. Kemudian mereka bersorak dan berkata'Kami sayang Islam'," katanya.

P/S: See....??? Omputih pun tidak suka pada pakaian yang seksi dan mendedah aurat. Jadi, kenapa kita yang Islam ni masih tidak menutup aurat?? Tutuplah auratmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM