Pakcik Uzur Nak Cari Calon Isteri Warisi Harta.

Sunday, February 10, 2013

Kadang-kadang harta yang banyak takkan dapat memenangi kasih sayang anak dan saudara, apatah lagi kalu nak suruh diaorg jaga kiter bila dah tua. tapi, kalu takda harta lagi la orang tak pandang kat kiter. Jangan kan kata orang...anak sendiri bila-bila boleh buang kiter. Tapi, dalam kes ni ayah banyak harta...tetap kene buang ngan keluarga! Kadang-kadang harta yang banyak takkan dapat mengisi 'kekosongan' & mengubati kesunyian dalam hati. Tambah malang bila anak-anak sendiri pun tak peduli tentang ayah sendiri yang terlantar uzur.


Banglo milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

"Kalau anak sendiri dah tak peduli lagi, pakcik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pakcik, cukuplah. Jika sanggup ( berkahwin), pakcik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah rumah banglo di Taman Keramat kepada bakal isteri"

Itulah tawaran yang dibuat oleh Ibrahim Othman, 83, seorang duda yang ingn menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri yang sesuai yang dapat menjaga makan dan minumnya. Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5  juta hingga RM1.8 juta.

Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.
 Sumber
 P/S: Harta tak penting..yang penting keikhlasan menjaga kebajikan pakcik Ibrahim kalu ditakdirkan ada jodoh. tapi......relevan ke kalu aku cakap harta tak penting???Hurmmmm


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Ada anak pun, belum tentu dapat jaga bila dah uzur dan tak berdaya..
    Semoga ada yang benar2 ikhlas bukannya hanya untuk mengejar kebendaan.......

    ReplyDelete
  2. Napa anak dia xjaga dia ya.
    Lau ditawarkan harta mcm ni, agak-2 sepa nak jadi wife dia ya..

    ReplyDelete
  3. @ayue: tul tu dik..susah nak cari orang jujur sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. @cik bella: ntahla dik..akak pun tkleh nak komen lebih-lebih. Kalu ada maklum balas dari anak-anak ungkin kiter boleh tahu punca sebenar.

    ReplyDelete
  5. Bila orang tua tu dah meninggal lbaru anak-anak dia muncul...

    ReplyDelete
  6. kalau ada orang nak kawin, mesti orang akan cakap dia kawin sebabkan harta ..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM