ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, February 05, 2013

Peminat: 'Psy, Tolong Jangan Datang Ke Malaysia!'

  No comments    
categories: 
Tidak lama selepas pengumuman artis sensasi K-POP dari Korea Selatan yang akan beraksi sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran sebuah parti di Pulau Pinang, laman Facebook penyanyi tersebut telah dibanjiri oleh ratusan mesej yang merayu supaya Psy tidak menjadi 'alat' politik kepada parti tersebut.


Satu mesej berbahasa Inggeris telah disalin dan ditampal pada hampir semua update milik penyanyi sensasi itu oleh ramai pengguna facebook. Ada juga yang mencatatkan mesej dalam bahasa Korea,

"Kepada idola kami, Psy, kami suka lagu anda dan kami suka dengan tarian Gangnam Style. Tetapi, kami merayu tolong jangan memilih untuk datang ke Malaysia pada masa ini.

"Jika anda memilih untuk datang ke sini (Malaysia), anda akan dijadikan sebagai 'alat' politik untuk ABC (bukan nama sebenar). Ia adalah parti politik yang penuh dengan rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menindas rakyat, " mesej itu menyebut.
Menurut mereka lagi, kos bagi acara besar-besaran ini didakwa menggunakan duit cukai rakyat. Bagaimanapun, ABC semalam menegaskan bahawa konsert tersebut disponsor sepenuhnya oleh sebuah syarikat swasta.
Peminat juga memberi mesej mengatakan bahawa ABC cuba untuk brainwash generasi muda dan memberikan 'gambaran' sempurna tentang bagaimana negara ditadbir dengan begitu baik sekali, memandangkan pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi.
"Kami tiada pilihan lain kecuali mendesak dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolong, dengarlah suara kami.
"Kami berharap anda akan membuat pertimbangan yang serius berkenaan perkara ini. Terima kasih."
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak mendapat sebarang maklum balas dari Psy mengenai mesej-mesej yang dihantar ke facebook Psy. Di twitter semalam, Psy respon, "Seems like it's #TRUE ^^" kepada mesej mengalu-alukan kedatangan beliau menaymbut CNY di Malaysia.

Artikel Berkaitan

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.