Breaking

Friday, February 08, 2013

Pencari Hantu Buru Hantu Bersama 'Seekers'.

Assalamualaikum sumer!~

Pernah tengok program Seekers di tv? Program yang merakamkan aktiviti paranormal ini sudah lama ditayangkan di ntv7. Aku pernah menjadi penonton setia rancangan ni dulu. Maklumla, masa tu teruja sangat nak tengok kelibat 'lembaga' dalam tv hehehe. Tapi, yang aku dapat tengok hanya pempuan menjerit, nangis-nangis. Kalau ada pun, mungkin hanya imbasan cahaya ganjil yang 'terbang' di situ (rumah kosong)

Aku rasa lebih sesuai menggunakan perkataan memburu ENTITI dari memburu HANTU kan? Sebab yang nak dicari ni bukan binatang, tapi ROH yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Dan bukan mudah nak buru 'entiti' ni. Bukan macam buru binatang, letak perangkap dan umpan dan tunggu 'dia' datang.  


Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk
rancangan 
Seekers di ntv7-mstar
So, back to the story la...program Seekers kini 'diserikan' lagi dengan kehadiran seorang lagi pemburu 'hantu' dari Amerika Syarikat tuuuuuu! Mat saleh,  Robb Demarest yang telah lama berkecimpung dalam bidang mengesan aktiviti paranormal ini menyatakan bahawa pengalamannya di Malaysia telah memberi perspektif yang baru dalam membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh.

Oh sebelum tu, Robb Demarest ini ialah hos rancangan memburu 'hantu' yang popular di AS iaitu Ghost Hunters. Pernah tengok Ghost Hunters tak? kat ntv7 pun ada ditayangkan jugak (aku tak tengok, kawan bagitau hehehe)


"Hampir 20 tahun berada dalam bidang ini namun kedatangan saya ke Malaysia telah memberikan pengalaman baru buat diri saya.
"Beberapa peristiwa yang belum saya pernah alami sebelum ini dapat saya rasai ketika berada di sini. Ia menakjubkan, jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaranSeekers musim ke sembilan di Sri Pentas di sini, Khamis.
Rancangan itu bakal bersiaran pada bulan Jun depan sebanyak 13 episod di ntv7.

Selain Robb, Seekers musim terbaharu itu juga turut menampilkan personaliti makanan Australia yang juga berasal dari Seremban, Negeri Sembilan iaitu Jackie M.-mstar

Personaliti makanan pun ader gak??? ada slot baru, Makan Bersama 'Hantu' ker?hehehehe...jangan mare banggggg gurau-gurau jer~(^_^) 

Nak baca lebih lanjut..baca di SINI.

P/S: Dekat nak CNY ni pun ada banyak 'hantu' gak.....'Hantu Limau' hehehehehehe~

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.