Monday, February 04, 2013

# Lelaki

RM2.3 Juta Untuk Psy Beraksi Di Malaysia?

Peliks...sangat peliks. Tapi, yang peliks itulah realitinya. Sanggup tak korang bayar duit sebanyak tu untuk tengok seorang lelaki menggelinjang & dan terkinja-kinja di atas pentas yang hanya popular dengan satu lagu??

Baru semalam aku TERlihat dalam satu rancangan hiburan tempatan (ape ntah aku pun tak tau nama dia) mengenai kes 'berat sebelah' oleh dj2 radio tempatan yang dikatakan hanya memutarkan lagu dari seberang sehingga mengenepikan 'hak istimewa' artis-artis tempatan.

Berjela-jela Presiden Seniman Zed Zaidi 'balun' dj radio-radio tempatan yang dikatan BERAT SEBELAH! Kemasukan lagu-lagu dari seberang menyekat 'periuk nasi' artis-artis tempatan dan ini semua dilakukan untuk menjaga 'poket' dj2 itu sendiri.

Alo brader Zed, ancaman terhadap industri seni tanahair BUKAN lagi datang dari seberang la brader! Tu...dia datang dari KOREA! hehehe. Dan 'ancaman' ini juga dibawa masuk oleh warganegara Malaysia sendiri (korang tau la saper kan) hehehe. Tapi, macam biasa la..saper ader berani nak lawan cakap huhu. Kalu brader Zed berani, aku tabik spring King Koil!ahakzzzz~


Menurut sumber dari blog rotikaya.com , hanya untuk membawakan sebuah lagu berserta PSY menari — Gangnam Style semestinya, mereka telah meminta bayaran sebanyak USD750,000 (~RM2.3 juta)! Tu diaaaaaaaaa......*terlopong mulut jap*

Ingat lagi tak Hari Belia Negara 2012 tu? Diaorg jemput artis K-POP buat show, dengan penampilan artis-artis yang sehingga boleh nampak 'cingkadut' (spender)? Jemputan penyanyi K-Pop dari Korea pada hari itu sudah mencecah RM2.04 juta.

Sumber: berita-harian-online.com

Aku tak tahu la samada surat di atas di'superimpose'kan ker atau tak. Tapi, BANYAK jugak kan duit diaorg?? BANYAK GILER okeh! 

Tapi paling aku kesian ialah pada artis-artis tempatan. Dah ada persatuan yang aktif dan kuat menyokong, tetap juga korang di'anaktiri'kan. Kebanyakan artis tempatan telah pun memenangi banyak anugerah dan dikenali di luar negara, contoh paling senangla....SHILA AMZAH.

Susah payah SHILA AMZAH menyanyi bagai nak rak kat China ari tu. Siap boleh menang 5 Juta yuen lagi!!!! Bukanla aku nak galakkan artis wanita menyanyi...BUKAN YER! HARAM TETAP HARAM...dan adalah HARAM untuk seorang perempuan melunakkan (menyanyi) suaranya di hadapan lelaki-lelaki ajnabi.

Dan, baru jer aritu diaorg buat lawatan ke Kelantan, dan dalam ucapannya diaorg kata diaorg yakin 'ULAMA BERSAMA KITA'. Ooohhhh, baru ku tahu....ni la ulama yang dia cakap kot huhu. Such an ironi...

Yang aku tahu, Psy bakal beraksi dihadapan lebih 60,000 orang. Wacana bersama UAI kelmarin lagi ramai boh! 100,000 orang (pandai tv3 kira hehehe). So, apa kata persatuan seni yang ada di Malaysia ni? Diam aje ker? Angguk-angguk geleng-geleng je ker? Nak harap MUFTI memang tak bersuara dah la....

P/S: Jangan biarkan kewarasan anda dipijak-pijak sehingga tak tahu nak beza yang mana membazir yang mana tidak. Ingat, jangan jadi bodo dari binatang. Peace!~



















No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?