Tuesday, February 12, 2013

# Bila Balik Kampung # Lelaki

Sanah Helwah (^_^)

Assalamualaikum sumer!~

Dah petang pun, and still aku kat kampung yang mendamaikan. Orang lain dah mula nak balik umah masing-masing selepas lama  bercuti. Malam tadi pun dah start 'jam' kat hiway PLUS. Malam ni lagi dashyat kot, lagi ramai la orang ber'gusti' kat tengah hiway malam ni hehehe. Aku ngan incik somi?? Kitaorg balik sebelum subuh sok hahaha...sempoi tak? Dari kampung straight to opis, insyaAllah boleh sampai sebelum kul 7.30am. Kitorg dah bese travel awal-awal pagi...lebih mudah dan yang penting tak perlu menyesakkan diri dalam trafik 'jam' kat hiway tu.

Dalam 2/3 hari ni angin bertiup agak kencang walaupun tak hujan.  Seronok rasa hirup udara segar. Tapi sok keje opis konpem berlambak! Padahal...buat je la ye dop?hehehe. Orang lain takda keje tu lagi kasihan, so anim janganla nak komplen kalu keje berlambak plak. Bukan suruh angkat batu pun hehe. Nakal anim ni!

Apaperpun, untuk hari ni amatlah spesel bagi kedua ikon yang dihormati oleh geng muda. Sapa lagi kalu bukan Ustaz azhar Idrus (UAI) & Imam muda Ashraf . Sanah helwah buat mereka berdua, semoga Allah sentiasa memberkati hidup dan amalan mereka juga sumbangan mereka dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama orang-orang muda.

Umur yang panjang dan rezeki yang murah adalah ujian dari Allah s.w.t , maka sebagai muhasabah untuk diriku & korang sumer agar mengisikan umur yang kita ada ini dengan memohon keredhaanNya dan beribadah seikhlas mungkin. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?