Siapa Yang Dimalukan BIG TIME Di Konsert Psy?

Monday, February 11, 2013

Assamualaikum sumer!~

Mula-mula aku tak faham bila baca artikel mengenai PM dimalukan di Rumah Terbuka CNY di Penang semalam. Sapa yang malukan dia? Bukankah dia yang menganjurkan dan menjemput Psy beraksi di rumah terbuka tu?Pasaipa plak dia yang terkena balik?


Psy di konsert Rumah Terbuka CNY semalam, di Penang.
Ghuper-ghupernye PM kene malu BIG TIME dengan penduduk Penang...hehehehehe. Kalu korang belum tengok video ni lagi, jom kiter terjah ramai-ramai, dan tengok PM kene malu tang mana heeee~


PM jerit: "Are you ready for Psy..??"

Orang Penang: "Yesss....!!"

PM jerit lagi : "Are you ready for Psy....??"

Orang Penang: "Yessss....!!"

PM jerit kali ketiga: "Are you ready Psy...??"

Orang Penang sambut: "Yesss...!!"

Tang ni yang PM silap sikitttttt jek!huhu

PM jerit: "Are you ready for BN..??"

Orang Penang sambut : "Nooooo......!!"

PM jerit gak lagi : "Are you ready for BN...??"

Orang Penang jawab lagi : "Noooooo.....!!"

PM tak putus asa, jerit lagi : "Are you ready for BN...??"

Orang Penang boleh tahan ketegaq jugak, sambut : "NOOOOOOOOO....!!"

Haaaaa, ghuper-ghupernyer begitulaaaaaaaa. Malang sungguh noooo, puas dah dia buat macam-macam tuk korang. Bagi BR1M, KR1IM, BL1M, KL1M dan macam-macam 1M lagi la. Ni, dah bawak Psy mari pun masih GAGAL 'pikat' rakyat Penang untuk undi diaorg for the next election. Apa boleh buat, undi di tangan rakyat, kalu buat tak betoi, jangan kan kata Psy...hatta ko kumpulkan semua artis fofular satu dunia setiap bulan pun belum tentu orang say yessssssss....!

Tak pernah lagi dalam sejarah negara 'Orang Besau' dimalukan sebegini di khalayak ramai. Dah, nak wat guaner...dalam banyak-banyak yang suka, lagi banyak yang tak suka sebenaqnya..ke guaner??Peace!~

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM