Bukan Yang Dulu Lagi...

Tuesday, March 12, 2013

Assalamualaikum!~



Perlukah aku mengeluh? perlukah aku merungut? Yang buatnya aku sendiri...tiada yang memaksa. Dulu aku gak yang mengada-ngada nak jadi camni. Sekarang dah mendapat, perlulah aku hargai. Perubahan ini harus aku tempuhi dengan keterbukaan hati. Aku perlu menerima keadaan baru ini, aku perlu menyesuaikan diri dengan 'kenaikan' ini. Mungkin juga aku perlu mula memahami kehendak diri ini. 

Terkadang aku amat menyesali..menyesali kerana gagal untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberi. Orang nak kurus, ko nak gemuk! Kini ko dah makin gemuk, barula diri tu meroyan nak kurus balik! huhu. 

Bila di kampung 2 minggu lepas, mak pun sempat tegur aku makin berisi. Huh...dah 2 orang tegur ni. Mula2 Pak Jelan....siap kasi warning order lagi supaya aku jaga sikit mulut & tekak aku ni! hehehe. Aku pun rasa aku makin berat...hey, aku tak percaya la! Hati aku sentap....! Aku kan kurus...ramai cakap aku kurus. Tapi, naper baju kurung aku banyak dah tak muat...??? Bukan takat tu je...dulu dengan bangganye aku amik blouse size L, sekarang ni kene letak balik size L tu...terpaksa pilih XL! hehehehe. Eh, suke plak dia!

Bila mak dah tegur, Pak Jelan dah tegur, baju plak dah sendat, diri dah terasa berat *harap2 jangan berat dosa dah!*...ini takleh jadi beb! Aku tak puas ati beb...! Dengan penuh pengharapannya aku berdiri atas penimbang dan......walahhhhh! Last month, nombor kat kaki aku LIMA PULUH LIMA...still boleh senyum lagi. Dan, tadi....timbang ni rosak kot!...alangkah meroyannya jiwa ini bila angka LIMA di depan jadi ENAM! 65kg????? Konpom timbang ni rosak...sok kiter tukar lain ye banggggg....

Nak nangis tak guna Nim! Dulu ramai cakap, "ala nim ko makan banyak pun badan ko takkan naik punyer." Selalu gak aku terima pujian macam, "best la ko nim makan banyak badan tetap melidi." Dulu, kalu dengar orang cakap macam tu aku sentap jugak. Tapi, sekarang aku rindu nak dengar ayat cam tu huhu. Korang mungkin rasa dengan ketinggian aku yang agak tinggi ni, tak berapa nak nampak keberisian aku tapi lama-lama nanti nampak jugak buncit sana buncit sini hehehe.

Dengan ketinggian 170 cm dan berat 65kg(cam tak cayer aku taip 65 huhu), BMI aku still dalam kategori 'normal range' iaitu 22.5. Tapi, boleh tahan sampai biler??? Border pun dah 25.0, kalu TERlangkah border tu sok, tak ke haru!

So, hati2 la korang kat luar sana. Ni pun nasihat tuk diri aku gak. Kalu pasal makan, memang lupa sokmo nak control hehehe. Jangan main ngapppppp je! Kesihatan kene jaga..baru ada kualiti dalam kehidupan. Ibadah pun menjadi mudah...ke guaner?

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM