Dia Anti-Ali Punyer Air Tongkat.

Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum!~

Tiap kali dia dengar je Pak Jelan nak air tu, mesti dia tarik muka buat muka macam ayam berak taik kapur. Sungguh tak gemarnye dia pada air tu. Hatta, dalam keadaan tak sihat ni pun dia sempat kasi warning order lagi kat ayah dia jangan minum air tu depan dia. Tak tahan bau busuk air tu katanya.....hamboiiii dalam sakit-sakit pun kuat lagi idung tu!

Kalau duk dalam kete turunkan cermin tingkap tu kengkadang mestila ada bau tak menyenangkan dari luar. Bau longkang ke, bau loji kumbahan ke, bau air dari lori sampah meleleh atas jalan ke...sumer tu memang akan buat dia tutup idung sambil kata, "eeiiiiii aper bau busok ni buuu?" Memang begitula gayanya si Mira...mudah sentap dengan bau-bau yang tidak menyenangkan hehe. Sensitip giler deria bau dia! Kengkadang tu, kiter lom kentut lagi dia dah dapat baunya...! Maner taknye..dia kentut dulu bau dia la kuar dulu hahahahahaha~



melepet terus Mira...cian anak ibu.

Actually, Mira tak berapa sihat sejak 2/3 ari ni. Akibat mandi berendam kat kampung ari tu. Dah dilarang tapi ditempuh jugak.... akhirnya ngan kakak dia sekali 'tumbang'. Tapi, Wani dah sihat cuma batuk-batuk gatal je tinggal. Yang Mira je masih melepet lagi tu..... idung tersumbat tu pasal dia meragam. Tidur sekejap sambil tunggu ayah beli sup ayam & bubur pastu nak bagi ubat. 

Mira ni kalau datang tak sihat dia, memang dia akan meragam! Tak dicubit pun dia akan sentap menangis tak tentu pasal.. Macam kes air tongkat ali tadi tu la. Menjejeh-jejeh air mata dia merayu aku jangan buat air tongkat ali tuk Pak Jelan. Pak Jelan yang mula2 tadi dah order air tu terpaksa cancel tukar ngan air kopi je hahaha. Tapi, nampak muka Pak Jelan tu macam dah nak gigit-gigit Mira dah hahahaha. Disebabkan anak, tukar jugakla ngan air kopi. Barula Mira senyap sikit.

Cabaran sungguh menjaga anak yang tak sihat. Sebab tu aku sangat respek pada ibu-ibu yang setia menjaga anak-anak mereka yang tidak sihat akibat penyakit atau tidak sihat sejak dilahirkan. Memang besar pengorbanan ibu & ayah.....

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Point last tu yg menarik perhatian.. x yah la cta pasal pengorbanan ibu.. sedih nie jauh daripada parents.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah sedih-sedih, call je ibu di kampung..dia pun rindu gak tu :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM