Kalah Sokmo!

Friday, March 22, 2013

Assalamualaikum!~

Apo kono eh jang? hehe. My Pearls suker nyanyi lagu ni tapi lirik ikut versi diaorg. Habis tunggang langgang jadiknya! But, bunyinya kelakar! 


Nasir (kanan) bersama penyokongnya -SH
Citer kalah saman ni pun kelakar, walaupun Kenit dah jangka memang RTM kalah punyer...seperti mana 'sekutu-sekutu' mereka. Naper media utama negara suker buat fitnah kat orang yek? Utusan Malaysia pun dah banyak kalah saman ngan orang akibat fitnah gak!

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) .

Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat.

Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran,  Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat.-SH


Walaupun kiter punya hak kebebasan bersuara, tapi tak bermaksud kiter punya hak untuk menyebar fitnah untuk menjatuhkan orang lain.  Suke sangat ke 'makan' daging saudara sendiri? huhu. 

P/S: Pagi petang siang malam sebar fitnah memanjang! Dulu mungkin Kenit rasa may be they are right. Now, Kenit rasa they only talk crap!

Artikel Berkaitan

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM