Friday, March 29, 2013

# Something in my head

Kalau Dulu....

Assalamualaikum!~

Dari jauh siren berbunyi...
kujenguk ke luar tingkap kereta ingin melihat sendiri...
semua kereta yang berbaris menganjak ketepi....
memberi laluan kepada kenderaan VIP.

gambar hiasan
Haha ok tak madah pujangga Kenit? Ni ori ni puas aku mikior nak karang ayat tau hehe. Yerp, begitulah situasinya setiap kali. Kalau dulu, masa Kenit masih kanak-kanak riang ria Kenit pasti teruja dengar bunyi siren tu. Tercari-cari Kenit siapakah gerangannya? Ambulan? Bomba? Polis? Maklumla, bunyi depa lebih kurang sama ja hehe.

Kalau ambulan, mesti Kenit berbisik dalam hati, 'cepatlah sampai hospital..kesian dia'. Kalau kenderaan bomba yang lalu, 'umah saper plak yang terbakar?'. Kalau polis pulak, 'cepat polis...tangkap orang jahat tu!' hehe. Kanak-kanak riang...gitu ler.

Pernah jugak ada Kenit lihat polis escort kenderaan VIP, pastu Kenit menjengah nak tengok siapa gerangan yang duduk dalam kenderaan mewah tu. Tapi, tu duluuuu....sekarang ni hanya mengundang kemenyampahan ada la hehe.

Kalau masa kanak-kanak dulu memang la teruja nak tengok ni sumer. Tapi, biler dah dewasa  tambah pulak traffic jam dah semacam kebiasaan kat Federal tu, kalau dengar siren berbunyi mulala mulut ni membebel seorang diri. Kalau bukan ambulan, konpom kene maki haha. Tak kisah la ko pak menteri ke, pak raja ke, pak VIP..aper ko tak hengat jalan ni tengah sesak ni?!

Kadang-kadang tu ada plak ambulan yang buat dajjal kat pemandu2 lain. Tang sampai kat kita dia buka siren dia, sampai kat depan dia boleh senyap plak! Husnuzon la kiter ni...mungkin pesakit dalam ambulan tu dah stabil kot..so takyah rushing2 (kot) T________T


Macam macammmmmmmmmm.....................

2 comments:

  1. kan,kalu dah dalan2 jem tu,mari la jugak perasaan bengkerkk tu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?