Lagi 'Sultan' Tuntut Hak?

Wednesday, March 27, 2013

Assalamualaikum!~

Hamboiii hamboiii ni dah over the bridge dah ni bro! Sorang tuntut habis sumer yang lain mengikut ye! Lepas 'Sultan' Jamalul D. Kiram III cuba 'merebut' Sabah, kini ada pulak kes yang membabitkan seorang lelaki yang menggelar dirinya 'Sultan' atau lebih tepat lagi Yang Di-Pertuan Agong!

Yang nak dituntutnya bukan kecik punya tanah. Seluruh tanah Malaysia ni nak dituntutnya! Adakah ramai lagi manusia yang GILA KUASA & GILA TANAH di sini? Lepas ni sapa plak mengaku tanah Malaysia ni dia punya??




Lihat dan baca kenyataan beliau di bawah.

"DARI: RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara 
('besar' gak EMPAYAR dia...hurm)

10 Jamadilawwal 1434 Hijriah
22 Mac 2013 Masihi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW.

Dengan izin Allah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian (ujian mende?? ce citer ce citer..) dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) (aku tak faham sungguh tang ni) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1(macam nak buat umah dah pulak...berfasa fasa bagai!) juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY  yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.

Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakkan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini.

Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.

ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR…
Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur."

sumber: penputih.com 

Banyak nau gelaran dia yek. Paling Kenit takleh tahan gelak tu, WHITE SPIRITUAL BOY???? maner plak datang gelaran ni bro! ada campur darah omputih ke?? hadddowww.

P/S: Takde ke saper-saper (manusia lain) yang nak tuntut dan berkata yang planet bumi & segala cakerawala ni dia punyer????! Tanah kubur belum tentu terima kita lagi, jangan berangan nak tuntut lebih-lebih!



You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM