Friday, March 15, 2013

# Cerita My Pearls

Me & My 'Pearl'.

Assalamualaikum!~

Wanita & permata memang tak boleh dipisahkan! At least, itulah yang aku tengok kat iklan di TV hehehe. Tapi, aku tahu 'hubungan istimewa' yang sedia terjalin pabila wanita melihat cincin permata di depannya! Memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata apatah lagi kalau ia pemberian dari orang tersayang, ye dop ye dop?

Hey, saper tak teruja bila dapat cincin permata kan kan kan? Actually, aku prefer cincin emas...emas 916..baru ada value! hahahaha. But, kali ni aku sangat terharu,terpaku & termalu-malu bila ANAK sendiri yang sangat BERMURAH HATI menghadiahkan cincin permata buat ibunya ini....! *sambil jeling kat Pak Jelan* aiyaaaaa, anak lagi romantik dari bapak ka.....!

Takku sangka romantik jugak anak dara sulung aku ni, mengalahkan bapaknya hehehe. Boleh jadi besok, kakak lebih romantik dari boypren dia hehe. Choyyyyyyyy!!! Boypren????? Kecik-kecik nak main boypren? Ibu ikat kat pokok ada kerengga tu nanti...baru tau! ni garang ni..don't play play haaa! huhu. 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaa! 'cincin permata' kuuuuuu~

Ahoiiiii! kering giler kulit tanganku..macam bendang kering di negeri Jelapang Padi! uwaaaaaaa uwaaaaa! Itulah akibatnya dari kemalasan nak sapu losyen dan kegagalan menjaga kulit dengan baik huhu. Kreatif kan 'hasil tangan' Wani? mungkin dia kesian kot tengok aku takda cincin macam orang lain wahahaha. Haddowww anak! ibu ko ni memey jenis tak suka pakai barang komeh! Ghimas den...! Den ni ganas...brutal! Mano main barang 'bling bling' ni hehehehe. Tapi, kalau orang dah bagi den amik yo wahahaha!~ 

Sememangnya akal Wani memang sentiasa 'berjalan'. Ader je benda dia nak try, ader je benda dia nak sentuh, ader je benda dia nak cipta. Aku tak taula esok budak ni nak jadi aper. Mula-mula dulu, dia kata nak jadi cikgu...seminggu pas tu dia tukar minta jadi doktor haiwan!hehehe.

Pas ni aku tak tau la dia nak minta jadi aper plak. Tapi, kalu diikutkan dari kemahiran dia 'menyelongkar' barang, mungkin dia boleh jadi engineer kot satu ari nanti. Tak pun arkitek...pasal Wani memang kuat melukis! Pastu lukisan tu dia suruh aku tampal kat opis suruh aku tengok ari-ari hehehe. Tak kisah la nak...ibu ayah doakan yang terbaik buat Wani & Mira dalam mencapai cita-cita sendiri. Asalkan jangan lupa ibu ayah dah la...lagi satu, sok kalu dah berjaya jangan la pulak korang letak ibu ayah kat umah orang-orang tua plak! Ni ibu kasi warning order awal-awal. Hamboiiii keluarga Pak Jelan ni gemor sungguh bagi warning order ye! hahahahaha.

Hey, budak-budak sekarang memang kene kasi warning awal-awal. Tapi, aku doakan keluarga kami takda la sampai ke tahap cam tu ye dop. Nauzubillahiminzalik!

Terima kasih to Wani, anak dara sulung intan payung buah hati pengarang jantung ibu ayah, teman, sahabat & anak dunia akhirat (^_^)

Lots of hugs & kissess for both of you....mmmuaahhh!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates