Mencuri Tak Kira Tempat.

Saturday, March 16, 2013

Assalamualaikum!~

gambar hiasan

Ia berlaku di tempat-tempat awam terutama di masjid & surau, seakan-akan sudah menjadi kebiasaan. Kalau lepas time solat Jumaat, solat terawih memang akan ada yang balik berkaki ayam. Yang hilang mungkin sepasang...dua pasang...berpasang-pasang. Bila dah ilang, orang yang dituduh tak lain tak bukan...Mat Pit (mat dadah). 

Kejadian curi selipar di masjid memang dah lama berlaku..sejak aku kecik lagi. Malah, time solat sunat Hari Raya pun orang boleh tergamak nak curi kasut baru orang lain. Tak berani amik risiko, kita pakai je la selipar biasa huhu. Namun begitu, ada juga kes dimana selipar/kasut bukan dicuri sesiapa tetapi TERTUKAR pulak dengan orang lain. Kemungkinannya boleh jadi:

a) corak kasut/selipar seakan sama dengan sendiri punye.
b) susunan kasut yang tidak betul (bersepah) menyukarkan mereka cari kasut sendiri.
c) tergocoh-gocoh nak balik, rembat je la kasut yang mana ada huhu.

Jenis Barang Dicuri

Sekarang ni pun, bukan takat selipar/kasut & barang peribadi jemaah je yang lesap malah duit tabung masjid/surau pun dicuri! Bahagiakah hidup anda (wahai pencuri) melakukan dosa di rumah Allah?

Teringat lagi aku masa gi ceramah Ustaz Azhar Idrus di Keramat AU2. Kami singgah solat di sebuah masjid dekat dengan kawasan perumahan di situ sebelum berangkat nak tengok ceramah UAI di padang berdekatan. Makcik disebelah aku siap warning, "Anak letak barang kat depan...jangan letak di belakang takut hilang kang". Aku menurut kata makcik itu dan letak beg aku di hadapan sejadah. Kebanyakan jemaah pun buat begitu...berbaris beg masing-masing di hadapan sejadah.

Rumah Allah (masjid/surau) sepatutnya tempat membersihkan diri dari kekotoran dosa bukan tempat menambah dosa. Dah, kalu kita begitu berani melakukan dosa di rumah Allah, maka tiada lagi rasa malu kita pada Allah. Nauzubillahiminzalik!

Pasang CCTV

Kecurian yang berlaku di tempat awam seperti masjid/surau memang menjadi kebimbangan kepada masyarakat Islam di negara ini. Bermacam tips dan kaedah digunakan untuk mengelakkan kejadian curi berlaku. Tapi, still berlaku jugak....

gambar hiasan
Mungkinkah kita juga patut memasang CCTV di masjid/surau seperti di Masjid Nabawi? Mungkin itu salah satu kaedah terbaik yang boleh kita gunakan. Selain dari mencegah kejadian mencuri, kita juga boleh memastikan tiada kegiatan maksiat dilakukan di rumah Allah. 
Tapi, ketahuilah bahawa diri kita juga dilengkapi 'CCTV' yang lebih canggih dari CCTV di atas. Malaikat Rakib & Malaikat Atid sentiasa mengawasi perlakuan kita, mencatat baik buruk tingkah laku kita. Wallahualam~

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM