Pelamin Anganku Musnah.

Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum!~

Tajuk di atas bukan untuk aku, tapi sesuai dikaitkan dengan tragedi yang menimpa pasangan kekasih ini. 

Miri: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.

Gambar Hiasan
Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.-hmetro

Mak aiii! kalu sapa-sapa yang ada 'gefren' ghuper di atas, memang 'gefren' korang RARE hehe. Kalu dah ghuper begini konpom la kita tahu 'gefren' kiter tu asli atau tak. Tapi, bagaimana kalu ghuper wanita yang kita kenali itu memang secantik wanita asli, wajahnya, kulitnya, rupanya, gayanya..malah mengatasi wanita sebenar??? Jangankan kaum lelaki, aku ni pun mungkin akan kata dia wanita sama seperti aku & kau (kaum wanita).

But, looks can be deceiving guys! Plus,  zaman plastic surgery & body modification sekarang memang teramat canggih sehingga perubahan yang dibuat pada wajah & tubuh badan memberikan hasil yang HAMPIR sempurna! 

BUT BUT BUT BUT...! There's always BIG BUTT hehehe. Walau macam maner canggih sekali pun plastic surgery tu & walau macam maner hebatnya mereka (pondan) dapat menipu pasangan mereka, akhirnya yang 'tersembunyi' pasti akan 'tertonjol' jua hehehe. Apa yang 'tersembunyi', apa yang 'tertonjol' korang pikirlah sendiri yek~

Sekarang, yang boypren merasa yang dia telah tertipu dengan 'gefren'nya. Bukan takat CINTA, DUIT & MASA malah IMPIAN untuk naik pelamin bersama pun turut berkecai...! Frust menonggeng kot...!~

P/S: Satu cara aku nak kenal samada perempuan tu ORI atau tak...korang boleh tengok bentuk tulangnya. Tulang perempuan ngan tulang lelaki tak sama lekuknya (bongkoknya). Bidang(lebar) tubuh lelaki ngan perempuan juga tak sama. Begitulah hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Memang musnah habis ni kalau macam ni...
    Tak dinafikan...
    Diorang tu kadang memang lagi cantik dari perempuan....

    ReplyDelete
  2. Al-Quran Pelangi ! Ready stock ;) http://bit.ly/10AVN8H

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM