Seni Badan Yang Ekstrem Melampau!

Thursday, March 07, 2013

Assalamualaikum!~

Bolehkah manusia menjadi obses dengan seni badan? Boleh jadi. Malah manusia sanggup menghabiskan wang untuk tujuan 'songsang' & pelik ini. Kenapa aku cakap 'songsang'? Sebab mencacah tatu di badan adalah perbuatan yang bukan lahir dari fitrah semulajadi manusia yang ingin kelihatan cantik. 

Tapi, ia tidak pelik bagi masyarakat Barat yang sentiasa ingin sesuatu yang EKSTREM! EKSTREM yang acaner? Jom kiter baca!

Matthew Whelan, 33,  adalah lelaki paling banyak tatu di Britain, dengan lebih 80% tubuhnya dicacah tatu. Dia menghabiskan masa lebih 300 jam di atas kerusi tatu serta membelanjakan lebih 20,000 pound sterling untuk merealisasikan 'impian'nya. Lebih EKSTREM lagi, Matthew telah menukarkan namanya secara sah menjadi King Body Art The Extreme Ink-ite , atau ringkasnya, King of Inkland. (hok alohhhh! tok sedak sunggoh namo!)


 Gambar Matthew Whelan  terbaru (KIRI), dan gambar sebelumnya.


Encik Whelan berkata, pengubahsuaian tubuh adalah suatu budaya, cara hidup & hampir kepada agama. (GILER mamat ni...!) Dia juga telah menyatakan hasratnya untuk mengajar masyarakat dunia tentang 'kepercayaannya' yang 'indah' itu. (sapa nak jadi 'freak' cam mamat ni...alien tengok pun geleng paler!)

Tatu pertama saya ialah seekor anjing Bulldog yang dibuat ketika berusia 16 tahun,” katanya. Selain anjing, imej lain yang menghias badan Whelan ialah ular, kala jengking, biji mata dan pontianak. Membuktikan kecintaannya kepada Seni itu, Whelan turut mentatu satu daripada biji matanya.

Mengenai sejarah tatu di badannya, Whelan berkata, dia berniat menghias tubuhnya sejak berusia sembilan tahun. Ketika itu, katanya, dia ternampak tatu pada badan bapa dan bapa saudaranya. 

Sumber

Hurm..didikan bermula dari rumah. Kalu dah bapa pun bertatu camner anak taknak ikut. Tahukah korang orang yang bertatu ni tidak boleh menderma darah?  Ini adalah kerana darah mereka sudah tercemar dengan bahan kimia yang kekal dalam kulit dan darah.

Jadi, jauhilah perbuatan bertatu kerana sesungguhnya ia sangat merugikan, malah menjadikan korang seperti PELIKS YANG MENAKUTKAN (The Creepy Freak)!


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang melakukan tatu dan orang yang minta dilakukan tatu kepadanya”. 

(Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abdullah bin Umar r.a.)


You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. dh ade mirip setan

    My Blog
    tempat-rarepicture.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM