Breaking

Friday, March 08, 2013

TMJ Digantung 6 Bulan & Didenda.


Asalamualaikum!~

Pergh! Boleh tahan 'garang' jugak FAM ye. Even, kerabat diraja juga tidak terlepas dari didenda akibat mempersoalkan mutu pengadilan perlawanan. Masa mula-mula aku dengar hal ni pun aku kat kampung lagi. So, nak update pun tak boleh sangat. Korang boleh terjah SINI untuk baca apa yang TMJ cakap pasal mutu pengadilan.


TMJ

PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim kerana melanggar Artikel 88 badan itu.

"Setelah mengambil kira semua aspek termasuk pengakuan bersalah Tunku Ismail, jawatankuasa yang bersidang hari ini bersetuju mengenakan hukuman ke atas beliau atas dua kesalahan.

"Bagi kesalahan pertama, Tunku Ismail bersalah memberi kenyataan akhbar yang melanggar Artikel 88 Statut FAM dan bagi kesalahan itu dia digantung enam bulan dan  didenda RM8,000.
"Pertuduhan kedua di bawah kod 18.5, artikel yang sama, dia telah mengeluarkan kenyataan yang menghina, mengaibkan serta mencemar nama baik FAM dan didenda sebanyak RM10,000," katanya pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.

Tambah Taufek, "jumlah keseluruhan denda bagi semua kesalahan ialah RM18,000 dan digantung enam bulan daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti persatuan bola sepak."
"Hukuman ini tidak boleh dirayu kerana ia hukuman paling minimum," ujar Taufek.-SH

Ramai juga yang 'teruja' dengan tindakan FAM ini, tak kurang juga yang mencebik mulut & mempertahankan kenyataan TMJ, Aperpun, pendirian korang aku harap sukan bola sepak tanah air tidak menjadi 'mangsa' dan please STOP 'ludah-meludah' sesama kamu. 

Tapi, kalu team asyik kalah memanjang & seri je tu mungkin mutu pemain yang problem kot...ke guaner??

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.