'Tolong jangan bagi telur pada kami'

Friday, March 29, 2013

Assalamualaikum!~

'Tolong jangan bagi telur pada kami'-MCA. 

Nak tergelak pun ader! Ni bergurau ke haper ni? biar betik? Adakah mereka sedang merayu kepada para pengundi di Selangor?? Jangan gabra sangat kot! Kalau kolang (korang) ada buat kija (khidmat) di sini, pasti ala (ada) sokong punya maaaaa. Kalu tala (takda) so soli (sorry) looooorrrrr.  Kehangatan PRU13 kali ini boleh menjadi kayu pengukur samada mereka masih relevan dikalangan rakyat negeri Selangor atau tak. 


SUMBER: malaysiakini.com


"Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami.

"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung),"
rayu Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai 


MCA bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 14 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Namun, mereka hanya memenangi satu kerusi parlimen (Pandan) dan dua kerusi dewan undangan negeri (Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu).

Naib presiden MCA dan timbalan menteri kewangan itu dilaporkan berkata MCA Selangor mempunyai keahlian di peringkat negeri yang paling ramai dalam Malaysia.

Perkara itu katanya menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi sumber kekuatan BN untuk merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan ke-13.


sumber

P/S: Takut depa (rakyat Selangor) bukan takat bagi telur (betul punyer telur), depa baling terus telur kat muka hang pa kot. Haihhhhh....bila nak ngundi ni????? 

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM