Wira Kecundang.

Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum!~


Datuk Lee Chong Wei
Kelmarin aku sempat tengok perlawanan Badminton All England Separuh Akhir antara Malaysia (Datuk Lee Chong Wei) melawan Thailand (Saensomboonsuk Tanongak) di Channel Sport. Itupun, secara tak sengaja Pak Jelan tertukar channel hehe.


Memang bersemangat tengok game tu, Chong Wei dengan mudahnya menewaskan lawan dari Thailand itu hanya dengan straight set ( 22-20 dan 21-8)  dalam masa 33 minit. Tentu tak susah bagi seorang yang bergelar Juara Dunia kan.

Namun, semalam mungkin belum nak jadi rezeki lagi bagi Malaysia merangkul gelaran Juara All England apabila Chong Wei kalah pula pada China (Chen Long) juga dengan straight set (17-21 dan 18-21) juga dalam masa sejam.

Biasalah, dalam game ada masa menang..banyak masa kalah. Asalkan konsisten bermain dalam setiap perlawanan itu sudah bagus kan.  Harap Chong Wei tak mudah luntur semangat dengan kekalahan ini.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM