Breaking

Sunday, April 14, 2013

6 Jenis Bahan Makanan Yang Anda Tidak Sedar Ada Dalam Makanan Anda.

Assalamualaikum!~

Tahukah anda makanan yang anda makan sekarang mungkin mengandungi kandungan bahan yang terlarang tanpa anda sedari? Tekstur, bau dan rasanya yang sedap tidak langsung menimbulkan persoalan apa yang membuatkannya sedap dan tahan lama? Namun, realitinya bahan-bahan asing ini banyak terdapat dalam makanan kita seharian terutama makanan mentah yang diimport dari luar negara. Eeewwwww!



So, jom kita terjah 6 jenis bahan yang terkandung dalam makanan anda.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ammonia



Anda mungkin pernah dengar "pink slime", bahan yang meragukan, dicampurkan bersama daging dan ammonia yang telah menjadi kebanggaan di setiap restoran dan pasaraya. Menu burger pasti menjadi pujaan ramai selama berdekad lamanya. Maklum balas mengenai penggunaan "slime" (lendir) - juga dikenali lemak daging lembu atau LFTB) awal tahun ini menyaksikan pemberhentian penghasilan produk daging oleh Beef Products Inc., salah satu pengeluar terbesar produk di US.


Kelenjar Memerang (Beaver Glands)

Anda akan menemui castoreum, kelenjar kering perineal daripada memerang, digunakan sebagai perasa strawberry, raspberry atau vanilla dalam sesetengah gula-gula, gula-gula getah, gelatin dan puding.


Rambut manusia, bulu babi atau bulu itik



Apabila anda menemui perkataan L-Cysteine pada label kandungan roti atau bagels, ketahuilah ia adalah asid amino yang diperolehi dari rambut atau bulu.


Semburan Virus (Sprayed-on Viruses)


Untuk memerangi ancaman ListeriaFood and Drug Administration (FDA) membenarkan pengeluar makanan menyembur produk daging mereka dengan Bacteriophages, yang mana ia turut digunakan di hospital-hospital untuk membunuh kuman.


Anggota Serangga (Insect Parts)


Kumbang betina Lac memberikan bahan shellac - juga dipanggil sebagai "confectioner's glaze" - digunakan dalam pembuatan gula-gula dan buah-buahan (dan perabot ) berkilat. Carmine, biasa digunakan sebagai pewarna makanan (merah) untuk jus buah-buahan dan gula-gula, adalah diambil dari kulit kumbang padang pasir.


Pulpa Kayu (Wood Pulp)


Kepingan kecil serat tumbuh-tumbuhan dan kayu yang dipanggil tepung selulosa digunakan dalam pembuatan ice-cream lemak rendah yang penuh berkrim. Ia juga digunakan untuk mencegah pembungkusan materi pada keju yang dikisar.


Kesimpulannya, pastikan kita tahu barang yang hendak kita gunakan itu tidak mempunyai mana2 bahan-bahan seperti di atas. Pengguna perlu bijak memastikan bahawa tiada kandungan yang membahayakan atau menjijikkan pada produk tersebut sebelum diguna. Sila periksa label kandungan dalam produk terutama produk yang datang dari luar negara. 

Terjah yang ni jugak:

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.