Monday, April 01, 2013

# Islam Point Of View # Lelaki

Kelebihan & Hikmah Menyimpan Janggut.

Assalamualaikum!~


Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat
-Gambar Hiasan- 

Adakah anda (kaum lelaki) menyimpan janggut? Mengapa? dan mengapa tidak? Umum mengetahui menyimpan janggut merupakan salah satu sunnah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Nabi bersabda yang bermaksud,

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”

Jika kecantikan wanita muslimah itu terletak kepada kesopanan & ketertiban dari segi perilaku & penampilan, maka lelaki juga tidak terlepas dari memikirkan hal yang sama. Cuma, bezanya di sini adalah dalam konteks menyimpan/memelihara janggut bagi kaum lelaki. 

Tidak dinafikan juga, terdapat wanita yang menyukai lelaki yang berjanggut. (termasuk Kenit hehe) Di antara kelebihan lelaki berjanggut ialah : 
  • tampak lebih matang & 'macho'
  • mempunyai karisma & keyakinan diri yang tinggi
  • memberi manfaat dari segi kesihatan 
  • kita dapat membezakan antara lelaki muslim & majusi (penyembah berhala)
Nabi bersabda yang bermaksud,

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” 
(Hadith Riwayat Muslim)


Melalui hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh kita (lelaki muslim) menyimpan janggut dan melarang dari menyerupai orang kafir. (mereka memelihara misai & mencukur janggut) Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh s.a.w nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Jadi, pada anda (kaum lelaki) yang mempunyai janggut atau berkira-kira nak simpan janggut teruskanlah amalan sunnah ini. Nabi bersabda yang bermaksud,

 "Aku tinggalkan/wasiatkan sesuatu kepada kalian dua perkara dan untuk kamu semua memegang teguh keduanya yang mana kalian semua tidak akan tersesat yaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabinya" (hadis).
(Kitab Al Muwatha’ lil Imam Malik r.a)

~Selamat Beramal~

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates