Wednesday, April 10, 2013

# Pendaftaran Tahun 1 2014

Pendaftaran Tahun 1 2014 - Daftar Darjah 1 Online.

Assalamualaikum!~

Haihhh dah besar dah anak dara sulung aku ni. Pejam celik pejam celik nak darjah satu dah tahun depan. Disebabkan Kenit keje di negeri Selangor terchenta ini, maka anak2 pun kena ikut la sekolah di sini jugak. 

Jenuh la Kenit kalau budak2 ni sekolah kat KL, dah la public holiday tak sama kang susah Kenit nak ulang alik amik diaorg. Kalau sekolah kat Selangor ni at least dekat sikit ngan Kenit. Senang Kenit nak pi sekolah kalau ada urusan dan amik diaorg.

Orang kata, kalau duk KL susah nak dapat sekolah kat Selangor ni. Priority akan diberi pada parents yang tinggal di Selangor je. Ye ke? Aiseh...ni yang kacau ni. 

Takpe...Kenit cuba isi dulu permohonan. Apa yang penting....kitaaaa cuba!




Dah siap isi! Sekarang kena print surat ni dan pegi ke sekolah tu untuk dapatkan cop sekolah tu. Pastu tunggu la keputusan dari PPD Selangor samada lulus atau tak. Hurmmm harap2 lulus la....

Kalau korang nak daftar sekolah anak nanti bolehla isi permohonan secara online dulu kat address bawah ni...


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates