Breaking

Monday, April 08, 2013

Pengumuman: Perkhidmatan myUSSD Bagi Projek myGov Mobile.

Assalamualaikum!~

Bagi anda yang sering berurusan dengan kerajaan, dan memerlukan maklum balas dengan segera, terdapat satu perkhidmatan myUSSD *158#  melalui sms yang telah dibangunkan oleh MAMPU yang dilaksanakan di bawah projek myGOV Mobile. myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Pengguna telefon mudah alih bagi tiga syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Celcom, Maxis dan DiGi boleh mengakses perkhidmatan ini dengan membuat panggilan ke *158#. Antara perkhidmatan agensi yang Kerajaan yang disediakan melalui myUSSD *158# adalah,


  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWKL)
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit). Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan myUSSD *158# boleh diperolehi menerusi laman web rasmi Kerajaan Malaysia (www.malaysia.gov.my) dan laman web rasmi myGov Mobile (www.mymobile.gov.my)

Contoh Paparan Skrin myUSSD *158# Di Telefon Mudah Alih.





No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.