Air Tangan Orang Tak Solat.

Thursday, May 09, 2013

Assalamualaikum!~


Alangkah ruginya kita, orang-orang Islam yang diberikan title Islam sejak dari dalam kandungan dan membesar sebagai seorang muslim, tetapi tanggungjawab melaksanakan perintahNya, tidak kita laksanakan. Lalu, jatuh hina lah kita lebih hina dari khinzir dan air kencing anjing hitam. Nauzubillahiminzalik!






Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. 

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

 Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". 

Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu."

Wa'allahualam



You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. huhu.betul tu..sebab tu tak digalakkan makan luar..kita tahu org2 tu solat ke bersih ke tidak..tapi dah busy.luar juga kita makan..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nana, dek kerana kebizian dan kepenatan kita yang bekerja memang makan di luar menjadi pilihan. Aperpun, selepas ni harap kita sumer boleh ubah cara kan hehehe :)

      Delete
  2. Hukumnya x haram tapi ia beri kesan pada hati sbnrnya.. Apa yg Allah suruh mesti de kelebihannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak maria, gelap hati tu yang paling ditakuti kita sebenarnya. Bila gelap hati mudahlah kita buat dosa kerana takda rasa takut lagi.

      Delete
  3. Jom join! =)
    http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...terima kasih atas jemputan (^_^) ye anys.

      Delete
  4. Terima kasih la dik tolong ingatkan kakpb ni. Bukan pasal solat tu. Pasal mkn luar. Setiap minggu kami makan diluar, dah mmg kedai halal cuma tak pasti mereka tu menjalankan tanggungjawab ke tidak. Bagaimana pun yg pentingnya diri kita ni. Itu sebab kena solat, ambil air sembahyang pun sudah menggugurkan sedikit dosa2 kita.
    Air tangan juga pengikat kasih kita sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak zana, samala ngan Kenit. Memang kita yang bekerja ni tidak terlepas dari makan di luar sebab kepenatan bekerja dan masa yang tak cukup untuk masak di rumah.

      Aperpun, harap kita dapat muhasabah diri dan berdoa agar Allah pelihara kita dari kemudaratan. Air tangan ibu/isteri jugalah yang terbaekkkkkk (^_^).

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM