Thursday, May 30, 2013

# Cerita My Pearls

"Allah duduk kat mana?"


Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Bilakah kali pertama anak anda bertanya tentang TUHAN? Apakah jawapan yang anda berikan pada mereka?

Kenit tak pasti samada ibubapa di luar sana juga menghadapi persoalan yang sama dengan anak-anak mereka, tapi yang pasti anak-anak sekarang ni lebih advance dan cerdik dari kita dulu hehehe. Banyak nau soalnya heeee.....
Pengenalan anak Kenit tentang Allah, Islam dan perkara-perkara ghaib (eg. malaikat dan syaitan) mula mendalam apabila Wani menginjak ke alam persekolahan (tadika). Pemerhatian anak kecil Kenit ini terhadap pemakaian Kenit (pakai tudung) dan berstokin, solat dan membaca doa menerbitkan perasaan ingin tahu dan ingin kenal siapa Tuhannya.

Dan, soalan pertama yang terbit dari mulutnya tika itu....


"buu...Allah duduk kat mana?"

Terkedu sebentar Kenit...

Kelu lidah untuk berkata...

Sebelum Kenit menjawab soklan itu, moh kita selami jiwa seorang anak kecil ini. Bagi seorang kanak-kanak kecil berumur 6 tahun...



Nurul Hazwani - Cahaya Pemberianku

  • Wani mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam dirinya. Apa yang dilihat, dirasa, disentuh, dihidu semuanya dia nak tahu. Bagaimana?Kenapa?Dimana?
  • Wani mempunyai 1001 soalan dalam kotak fikirannya. Seringkali dia tidak merasa puas dengan apa yang diketahuinya lalu dia selalu bertanya itu ini kepada Kenit.
  • Wani suka bertanya apabila dia tidak mengerti akan sesuatu. Eg. "kenapa hari hujan bu?""sebelum kakak adik kuar kakak adik duduk maner bu?"

Mempunyai anak kecil yang penuh curiosity dalam jiwanya menjadikan Kenit lebih berhati-hati ketika memberikan jawapan pabila dia ajukan soalan. Tak boleh jawab semborono je sebab dalam kita menjawab soalan-soalan mereka itu kita sebenarnya mendidik dan menanamkan pemahaman mengenai Allah dan Islam dalam diri mereka.

So, back to the question again....


   "buu...Allah duduk kat mana?"

"maksud kakak?"

"Allah ada rumah tak? besar tak?
Allah duduk situ ke?"

"Allah bukan seperti kita manusia yang punya rumah atau tempat tinggal tertentu.
Allah ada di mana-mana...Allah ada dekat dengan kita.
Allah Maha Besar dan Maha Hebat maka Dia tak perlukan rumah, tapi Allah lah
yang berikan kita tempat tinggal...iaituuuu???"

"K-LLLLLLLLLLLLLLL"

@______@

"bumiiiiiii...."

And she smiled, mengangguk tanda dia faham....

That's why dalam menjawab soalan cepumas anak-anak kita perlu berhati-hati. Tersalah jawab buruk natijahnya nanti. Walaupun agak sukar untuk buat mereka faham pada pertama kalinya, jangan risau...dia akan mengulangi semula soalan itu nanti hehehe.

Di sini, Kenit kongsikan sebuah video menarik tentang persoalan yang selalu ditanya oleh anak-anak kecil yang ingin mengenal Pencipta sekelian alam. Tengok sampai habis tau, barulah anda tahu bagaimana nak jawab pada anak-anak anda kelak (^_^).



9 comments:

  1. DIA ada di mana-mana,,, memerhati,, menguruskan,, mengetahui segalanya,, subhanallah,,, tq for this,, preparation ni,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome muja...jangan jadi macam Kenit tak prepare awal-awal jawapan. Bila anak tanya terkedu kejap.

      Dalam paler dok pikir camner nak ckp bagi dia faham hehehe (^_^)

      Delete
  2. Assalamualaikum kenit. subhanallah. comelnya anak2...bagus, share entri ni.buat ibu2 bapa2, jom prepare diri untuk 1001 soalan daripada anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      nervous tiap kali anak tanya soalan macam ni. Semoga entri ni dapat membantu mereka yang clueless seperti Kenit (^_^).

      Delete
  3. budak2 kecil mmg banyak soalan keluar dari mulut depa..kadang2 speechless..yang susah nya bila non muslim bertanya..huhu.. kadang tak terjawab..tapi cuba la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena lengkapkn diri dgn ilmu. Kalau non muslim tanya dia tanya pasai agama je. Kalau budak tanya cam maner baby ada slm perut, acaner nk jawab tu?ekeke

      Delete
    2. Dlm video tu Ustaz ckp Allah di mana2.

      Delete
  4. Maaf kenit dlm video tu Ustaz tu ada ckp yg salah bila kita ckp Allah di mana2

    ReplyDelete
  5. Allah wujud tidak bertempat bukannya di mana2.. Allah tidak berhajat kepada ciptaanNya.

    ReplyDelete

Apa kata korang?