Kelab Bayern Munich Bina Masjid.

Wednesday, May 22, 2013

Assalamualaikum!~

Tersebarnya Islam di seluruh Dunia...

Dimulakan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Islam akan mencapai wilayah yang dicapai siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang mewah mahupun yang sederhana kecuali akan memasukkan agama ini ke dalamnya…”
 (HR. Ahmad)

Baru 5/6 tahun kebelakangan ni je Kenit tahu yang ramai juga pemain bola sepak di Eropah beragama Islam. Antaranya Zinadine Zidane (bekas pemain Real Madrid), Nicolas 'Bilal' Anelka (Chelsea), Sulley Muntari (Inter Milan), Thierry Henry (Arsenal) dan Mesut Ozil (Real Madrid). Alhamdulillah..........

Sinar Islam semakin bersinar di 'negara-negara atas awan' (Eropah). Di sebalik sentimen anti-Islam dan demonstrasi Islamicphobia di sana, ternyata hidayah Allah tetap sampai kepada hamba-hambaNya yang mahu beriman. Sesungguhnya, perancangan Allah Maha Hebat!

Maha Benar firman Allah yang bermaksud:


“Mereka (orang-orang musyrikin dan ahli kitab) mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) tetapi Allah Taala akan menyempurnakannya sekalipun orang-orang kafir membenci (Islam). Dialah (tuhan) yang mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayah dan agama yang benar untuk mengatasi agama-agama yang lain kesemuanya, sekalipun orang-orang musyrikin membencinya.” 
(Surah At Taubah : ayat 32 – 33)

Berbalik kepada topik, dalam membantu pemain-pemain mereka menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim, kelab gergasi Jerman, Bayern Munich telah mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan pemain-pemain bola sepaknya (yang beragama Islam) menunaikan solat.

Stadium Allianz Arena , Jerman.

Bayern Munich bersetuju dengan permintaan oleh pemain tengahnya, Franck Ribery yang meminta agar disediakan satu ruang/bilik khas untuk pemainnya menunaikan solat. Masjid ini dipercayai akan dibina di dalam Stadium Allianz Arena untuk kemudahan pemainnya dan para peminatnya.


Franck Ribery

Masjid baru ini akan turut dilengkapi dengan imam sepenuh masa, perpustakaan Islam dan sesi-sesi kuliah. 

Pihak pengurusan kelab juga mengumumkan, mereka akan menyuntik dana sebanyak 85% untuk kos pembinaannya, dan 15% lagi adalah sumbangan ikhlas dari para pemain dan peminat yang ingin sama-sama berwakaf.

Kelab New Castle merupakan kelab Eropah pertama menyediakan bilik sembahyang khas untuk pemainnya yang beragama Islam.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”
(Surah Al Hujuraat, ayat 15)



P/S: Ustazah Norehan pernah berpesan, orang yang tidak solat umpama tiada 'kepala'. Solat itu penghidup jiwa, pengubat dosa.


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. ini satu berita yang baik...semoga kelab bayern akan memperoleh kemenangan lagi tahun hadapan...

    Regards
    M-Nec

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. syukur alhamdullilah. lapang dada dengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila....

      alhamdulillah Islam semakin diterima di sana (^_^)

      Delete
  3. ;=) bagus lah. mesty best..

    Jom Join! ^_^
    http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

    ReplyDelete
  5. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM