Orkid Hantu.

Wednesday, May 08, 2013

Assalamualaikum!~

Bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan, setuju? Namun, bunga yang satu ni mempunyai nama yang mungkin agak menakutkan bagi sesetengah wanita. 

Tahukah anda, orkid juga berhantu? hehe . Yes, bunga secantik orkid juga mempunyai hubungkait dengan hantu, bukan sebab ada 'hantu' duduk dalam bunga tu macam.....




Pada tahun 1844, seorang penyelidik bernama Jean Jules Linden menemui satu spesies unik bunga orkid di Cuba. Dendrophylax lindenii (syn. Polyrrhiza lindenii) atau Orkid Hantu dijumpai pertama kali di kawasan berpaya di Cuba.



Orkid Hantu

50 tahun kemudian, Orkid Hantu ditemui di Semenanjung Sub-Tropika di Florida. Ia boleh ditemui di kawasan berpaya di Fakahatchee, Big Cypress dan Corkscrew dalam Daerah Collier dan Daerah Hendry.

Bunga ini tergolong dalam kumpulan Orkid yang sangat jarang ditemui. Orkid Hantu juga merupakan bunga kedua tercantik di dunia selepas bunga Middlemist Red.

Kawasan berpaya di Florida.

Bunga Orkid Hantu tumbuh menumpang di atas pokok (hardwood hammocks, sloughs, cypress domes). Rumah induk termasuk pop ash, pond apple, dan bald cypress, maple, dan oak

Walaupun Orkid Hantu hidup menumpang di atas pokok lain, namun ia bukanlah bersifat parasit. Sebaliknya, Orkid Hantu adalah tumbuhan dari jenis Epiphytic (tumbuh di atas pokok lain tetapi memberi memudarat atau mengambil nutrien dari pokok induknya)


Orkid Hantu di atas pokok


Orkid Hantu tidak mempunyai daun, maka proses fotosintesisnya dilakukan di bahagian akar. Akarnya yang berwarna hijau-kelabu boleh mencapai panjang sehingga 20 inci. 

Proses pembenihan adalah melalui kaedah sebaran angin. Ia akan 'mendarat' di atas pokok. Percambahan benih tidak akan berlaku melainkan kehadiran jenis kulat tertentu di atas batang pokok induk tersebut.





Orkid Hantu berbunga pada bulan May sehingga Ogos (sangat jarang berbunga di bulan lain); dan berbunga lebat pada bulan Julai. Biasanya, terdapat satu atau dua bunga yang tumbuh bersama, tetapi ia boleh menjadi sebanyak 10 bunga dalam satu tumbuhan yang sama. 

Bunganya berwarna putih-hijau dan biasanya berukuran antara 4 ½ sehingga 5 inci. Bunga ini kekal mekar 10 hingga 14 hari. Dan, akan mengeluarkan bau yang harum pada malam hari. 




Orkid Hantu tidak menjalankan pendebungaannya sendiri. Pendebungaan dilakukan oleh rama-rama Giant Sphinx (Giant Sphinx Moth), sejenis rama-rama yang mempunyai 'belalai' (proboscis) sepanjang 4-5 inci.


Giant Sphinx Moth - mempunyai belalai yang panjang.

Bunga Orkid Hantu yang dipindahkan atau diambil dengan cara yang tidak betul jarang hidup lama. Jika mahu dibiak secara komersial, ia perlu dibiakkan dari benihnya, suatu proses yang mengambil masa lebih 7 tahun! 

Mungkin ramai yang nak tahu, kenapa ia diberi nama Orkid Hantu? 

Terapung2 di udara

  • Ia adalah kerana tumbuhan ini tidak mempunyai daun (hanya akar) dan bila ia berbunga, bunga ini seakan-akan terapung-apung di udara.

sumber

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. oh..ahaha..macam hantu juga..huhu..pastu keluar bau waktu malam..siapa tak seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi hantu kat luar takda bau kot haha :D

      Delete
  2. subhanallah...owh pernah tgk orkid ni kt majalah rasanya :)
    huish menakutkan jugaklah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. payah nak jumpa kat sini kak (^_^). Kena pi US kalu nak tengok hehehe

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM