Breaking

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Kenit Berpantang - Ceaserean.

Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Ceasearean = C-Sect. = Czer
  • Pembedahan cesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.
  • Biasanya bersalin secara pembedahan adalah akibat komplikasi yang berlaku samada pada ibu, anak atau kedua-duanya.

Pengalaman bersalin secara Ceasarean 6 tahun yang lalu benar-benar memberikan 1001 pengalaman baru buat diri Kenit. Terjah SINI untuk baca pengalaman Kenit melahirkan anak dara sulung Kenit.

Orang dulu-dulu memang senang beranak, contohnya macam mak Kenit sendiri. Bila 'missy' suruh pi hospital, mak taknak mak cakap takut kena cucuk jarum hehe. Macam tu la mak Kenit lahirkan kami 3 beradik. Takde injek ubat, takde masuk gas apepun cuma sedut gas oksigen je la banyak2 hehe.

Back to my story, apabila Kenit menginjak ke trimester ke-3, Kenit mula mencari info tentang kaedah bersalin yang selamat dan praktikal di internet. Antara pilihan yang ada...

  • Bersalin spontan melalui vagina - hajat BESOR sebab dari pengalaman ibu2 lain, bersalin normal senang jaga luka. Sakit beranak tu kejap je hehe.
  • Bersalin menggunakan forcep - eeeeiiii! takut giler kot pakai forcep ni, disodoknya! dengar dari pengalaman ibu2 lain pun memang agak menyeramkan!
  • Bersalin menggunakan vakum - takut bukan kerana sakitnya, tapi kerana orang kata nanti anak yang kuar tu kepalanya macam 'conehead' ekekeke. Kepala macam 'tajam' sebab sedutan yang kuat dari atas.
  • Bersalin songsang - tak pasti la pulak apenye ni, tapi kadang2 forcep digunakan jugak. Kalau lambat sangat baby kuar kena bedah jugak.
  • Bersalin melalui pembedahan - Truely speaking, c-sect. paling Kenit takuti! Bukan kerana nanti ada parut tak cantik kat perut, tapi seriau la doktor dok belah perut tuuuuu! C-Section memang last resort!(@_@)

Lagi satu yang Kenit tak berapa suka bersalin c-sect. ni pasaipa? Pasai nanti kena jarakkan kelahiran pulak. Kiter time muda-mudi ni la nak 'produktif' kan kan kan? ekekekeke.

Dalam keghairahan menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kami, Kenit tak lupa untuk berdoa kepada Allah agar dikurniakan nikmat bersalin normal.

Tapi takdir Allah penentu segala. Dan, memang perancangan Allah Maha Hebat! (^_^)

Time Kenit dulu cuti bersalin masih kekal 60 hari. Jadi time ni la Kenit nak pulun betul2 cuti yang ada. Nak pantang betul-betul nak bagi langsing, sihat dan cantik kembali seperti anak dara...auuwww! heeeee. 

And, my best coach is my mother. Memang ketat pantang yang Kenit lalui selama 44 hari. Disebabkan Kenit bersalin secara c-sect., maka mak telah menegaskan bahawa...

"ha ni pantang ni, jangan nak banyak sangat bergerak, nak jenjalan ke hulu ke hilir"

"baik mak...."

"duduk je atas kerusi tu, jangan gatal nak ke dapur"

"baik mak..."

"makan jangan nak makan sembarangan...kalau tak tahan duduk je dalam bilik takyah kuar"

"baik mak..." 
(ader rase touching feeling skit waktu ni, sebab tau dah tak dapat makan best2 ekekeke)



Cara Kenit Berpantang (Old citizen style/Mak style)

Hari pertama di hospital, mak dah beri 'taklimat' ringkas tentang apa yang patut dibuat dalam pantang, makanan apa yang boleh dimakan dan sbgnya. 

Pakaian 
  • baju tshirt lengan panjang (kalau boleh). Jangan gegatal pakai baju kelawaq. Pastu pakai pulak baju sejuk/jaket kain kat luarnya. Motif??? Supaya badan kekal hangat. Mak kata, bila badan rasa seram sejuk tu petanda nak demam. Bila dah demam boleh bentan wooo! 
  • Stoking WAJIB pakai! hanya boleh tanggal bila mandi dan nak buang air. Rimas macam mana pun kena pakai gak!

Makanan
  • Start Kenit berpantang sehingga habis, hanya bubur yang boleh lekat dalam perut ni. Nasi memang tak laku! Mak kata, nasi/bubur mestilah panas sentiasa atau yang baru masak punye. Jangan makan nasi sejuk tak elok untuk kesihatan.
  • selama 44 hari, siang dan malam Kenit disajikan dengan lauk sup ikan haruan. Ini bukan sebarang sup ye anak-anak. Abah dapat resepi ni dari seorang Cina masa kat kedai sensei bertahun2 lepas hehe. Ikan haruan yang fresh direbus dalam 3 mangkuk air dengan 2 ketul halia besar. Agak-agak dah tinggal 1 mangkuk air, bolehlah angkat dan makan.
  • Kenit juga amalkan makan ubat Gamat Healin botol yang warna hijau. Baik untuk penyembuhan luka akibat pembedahan. Sekali pagi sebelum mandi, sekali petang sebelum tidur.
  • Kenit tak minum air periuk atau air akar kayu. Sebab nanti air susu kering (air akar kayu panas). Dah tu, berisiko anak kena jaundis (kuning).
  • Air susu tepung tu biasalah Kenit minum. Untuk makan petang, mak buatkan milo kosong dan kopi kengkadang. Cicah ngan biskut kering memang perrghhh!

sumber : google

  • Ikan yang Kenit boleh makan ikan haruan, ikan tenggiri, dan bawal putih. Tapi, Kenit makan ikan haruan je sebab nak bagi luka sembuh cepat hehe. Ikan bilis strictly a NO to my mother. Nanti luka jahitan bernanah dan berair. My sister in-law pun camni gak dulu. Dia pun c-zer, gi makan ikan bilis goreng berair jahitan di perut. 
  • Dua benda ni yang mak tak bagi Kenit makan, BUAH dan SAYUR. Memang Kenit tahu kedua2 makanan ini baik untuk kesihatan dan penyembuhan luka, tapi Kenit tak makan la sebab taknak lawan cakap mak hehe. 
  • Air??? haaa part ni, memang Kenit jaga (kononnnn!). Mak kata jangan minum air banyak sangat nanti perut boroi dan menggeleber hehe. Tapi, Kenit minum banyak jugak sebab haus woooo! Perut boroi tu takpe ader bengkung ekekeke. 

Menyusu anak
  • perut merupakan tempat paling sensitif waktu ni. Walaupun ubat bius masih ada lagi, tapi kalau dah terbuka jahitan tu nanti tak guna cakap banyak. Pi hospital terus doktor kasi jahit balik! Nak cenggitu???
  • posisi menyusukan anak masa mula2 dulu agak janggal bagi Kenit. Biasa tengok orang pangku anak steady je kan. Ni Kenit kena alaskan perut dengan bantal lembut. Baru leh letak baby atasnya dan menyusu seperti biasa.
  • takleh menyusu secara baring mengiring, kerana boleh menghalang pernafasan bayi. Memang doktor pun tak syorkan begini.
  • untuk ibu kali pertama macam Kenit, waktu menyusukan anak adalah paling Kenit tak suka dulu. Sebab Kenit alami masalah puting berdarah, akibat melecet. Dah lama2 baru Kenit tahu, cara taknak bagi melecet ialah masa pregnant tu, rajin2lah sapukan bahagian puting dengan minyak zaitun. InsyaAllah nanti masa menyusukan anak puting susu taklah melecet dan berdarah.

Buat Kerja Rumah
  • menyapu - bukan takat menyapu je, basuh baju, mop lantai, pasang langsir, sidai kain sumer takleh! Mak dah bagi warning sesiap ni...
"haa time ni jangan nak buat keje umah. Biar mak buat. Bongkok-bongkok tu bukannye elok"

"baik mak...."
(berbunga2 hati weh! ekekeke )

"satu keje je ko boleh tolong mak buat...tolong lipat kain"

"pulakkkkk...ok"
(potong steam tul mak ni @_@)
  • kerap berjalan/bergerak - memang selepas seminggu kita akan rasa sihat dan rasa macam tak sakit kan bahagian perut tu. Bila dah bergerak banyak sangat tu, risiko kaki nak terlanggar bendul kerusi/katil memang ada. Bentan nanti....so, memang Kenit tak gerak banyaklah. Takat gi tandas je la. Masuk dapur (antar cawan je pun) pun mak marah...

Amalan lain

Dalam pantang benda yang paling penting kena jaga adalah urat! Selepas bersalin, segala jenis macam urat dalam badan kita ni dah kembang. Jadi untuk mengempiskan kembali urat dan melancarkan perjalanan darah, Kenit amalkan...

  • bertungku - memang menjadi rutin Kenit selama 44 hari. Pagi bangkit je tido, mak dah siap sedia dengan batu yang dibalut dengan kain. Kenit guna batu sungai atau batu bata merah tu. Batu semulajadi macam ni bagus, haba cepat sampai ke urat kaki.
  • berurut - ramai yang sangka kalau kena c-zer takleh berurut. Boleh sayanggggg hehe. Cuma jangan diurut bahagian perut tu, kang kuat sangat tekan terkeluar isi perut sumer! hehe. Bidan Kenit dulu, terer wooo! Dia urut kat tapak kaki je untuk betulkan kedudukan rahim Kenit. Dia kata, kat kakilah terletaknya segala urat-urat penting organ badan kita. Jadi, tak semestinya kena urut tempat tertentu, boleh juga urut di tapak kaki tu. Tapi, pastikanlah bidan kita tau urat yang mana satu yek! Kang salah urat, terus datang angin kus kus, acaner tu?hehehe
  • bengkung - WAJIB pakai kalau nak perut kempissssss hehe. Opkos la tu matlamat kita kannnn hehe. Sebelum pakai bengkung, mak bidan ajor lumurkan perut dengan kapur makan dan perahan limau. Dah kering sikit, baru balut ngan bengkung. Segar je perut kita!
  • rambut - rambut ikat sanggul tinggi-tinggi atas kepala (kalau rambut panjang la). Jangan dilepaskan mengerbang, mak kata. Macam hantu mak limah ekekeke.
  • bawang putihmak kata....

"sumbat dalam telinga tu"

"nak wat aper ni mak?"

"jangan bagi angin sejuk masuk dalam badan ko tu"

"pulakkkkk...."

(hehehe)

  • kulit kayu manis - gosok belakang pasu atau tempat kasar sampai kuar serbuknya. Pastu basahkan ngan air, lumur kat dahi. Motiff?? supaya kepala kekal hangat, tak masuk angin hehehe. Baru rasa macam betul2 berpantang (^_^).
  • tidur siang - Hoooooo ini paling mak pantang! tidur siang atau lebih tepatnya masa matahari tegak atas kepala. Time tu la mata ni berat macam ada batu belah batu bertangkup duk atas mata. Memang ngantuk giler kaw-kaw punyer la! Mak pulak....
"haaaa haaaa jangan nak tido tenghari buta ni"

"ngantuk la makkk...5 minit je"

"jagan nim, tak elok tido sensiang ni. Kang kepala tu berdenyut-denyut sakit, tu yang boleh 
meroyan tu"

"baik makkk...."
(nanges dalam hati je la)


Penjagaan Luka Jahitan

Matlamat UTAMA kita ialah taknak perut kita dijahit 2 kali! Untuk mencapai matlamat ini, kita kenalah berpantang betul untuk memastikan luka jahitan kita sentiasa dalam keadaan kering dan baik hehehe.
  • Kering - pastikan luka jahitan sentiasa kering. Pas mandi tu, lap kering2 kat tempat jahitan. Janganlah pi gosok kuat-kuat. Pedap-pedap je tuala/tisu kat tempat jahitan tu.
  • Letak ubat - doktor ada bagi kan ubat cuci luka (yang warna kuning ke merah ke?) Rajin-rajinlah sapu guna kapas ye. Ader gak yang malas letak, dia gantikan dengan minyak gamat atau minyak lain.
  • Jaga perut - meaning??? Jangan membongkok kerap sangat. Postur badan kena betul. Duduk tegak, berdiri tegak, jalan kena rapat-rapat macam perempuan Jepun pakai kimono. Langkah jangan besar sangat hehe.
  • Rasa sakit - kalau rasa sakit memeri/ngilu kat bahagian jahitan tu, bawak2lah berehat sebentar. Baring rehatkan badan.

Amacam? ketat tak pantang Kenit? Elehhh...maner ketat lagi ni. kacang  je niiiii ekekeke. Bekas pengasuh Kenit dulu kat Kuantan, siap cerita dia kene 'salai' lagi dalam berpantang! Bawah katil besi berongga diletaknya kayu-kayu panas berasap (takda api), kemudian disuruhnya baring sampai berpeluh-peluh! Tu baru OTAI ekekekeke.

Tapi, makan hati jugaklah tengok Pak Jelan melantak sup ekor, tempe goreng dan sambal udang mak masakkan untuk dia. Dah tu, selamba je bedal depan kita...terbako yop! ekekeke.

P/S: Kalau pantang jaga betul-betul, insyaAllah dalam setahun dah boleh lekat yang no.2 macam Kenit. Rasa sakit kat perut/ari-air pun takda, dan takkan efek pada baby dan perut bila dah memboyot. Yang penting...KERJASAMA! (^_^)

11 comments:

  1. info yg baik tuk dya di bulan october...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah dya (^_^)..semoga info ini berguna untuk dya.

      Delete
  2. wah seronok baca pglmm sis.byk gak persamaan kita berpantang.ikan bilis tu tak pernah lak dgr luka boleh berair?so far saya,sepupu dan fmyl lain mkn ok je he3..hahaha bwg putih tu ok jom give me 5 ngeee....

    masa berpantang cukup suka cecah biskut dgn kopi o,makan nasi pulak lawan air suam/sirap suam hahahaha.rambut mmg standardlah mak ikat kuat2 terik2 adeihhh..tapi bestlah masa berpantang sbb badan rasa panas je best.ye tungku guna batu sungai the best.wah seram dgr pglmn bekas pengasuh kenit tu..tak sanggup he3..



    ReplyDelete
    Replies
    1. *give me 10!*hehe. Ikan bilis tu memang Kenit tk berani makan..tp sebenarnya mungkin ikut badan org juga..ada yg boleh terima ada yg tak.

      Haaa kena salai..Kenit pun tk sanggup ekeke. Lain org lain caranya tapi matlamat tetap sama...nak sihat luar dn dalam tul tak (^_^)

      Delete
  3. bwg putih selit dlm telinga tak pedih ke sis? erk potong bwg pun dh berair mata, :) anyway tahniah sbb berdisiplin :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bwg putih tu letak seketul sis hehe takla pedih/pijau sekejap pastu ok cam biasa heeee.

      Displin???kengkadang kantoi gak sis hehe:-)

      Delete
  4. Wah.. ketat betul pantangnya.. Czer mmg kena jga lebih la kn... Tpi nmpk betul2 disiplin nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak displin kena pelangkung ngan mak pulak hehehe.

      Delete
  5. mak saye pernah dengar cerita tentang melahirkan anak dengan cara ceaserean ni.. ade kelemahannye.. mak saye citer ,"ade orang tu, buat pembedahan semasa melahirkan anak.. dah bertahun lame.. then die angkat barang berat ,..terus terburai perut tu.. nasib selamat.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.