Tuesday, May 21, 2013

# Jom Tambah Ilmu

"Teh Beng Ser!"

Assalamualaikum!~

Tahun 2004 Kenit pertama kali menjejakkan kaki ke Pantai Timur. Penghijrahan yang membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat diri Kenit. 

Seronok bergelar perantau, tapi dalam masa yang sama gementar kerana 'sebatang kara' di negeri orang. Kekangan bahasa dan dialek tempatan yang luar biasa agak menjanggalkan (betul ke tatabahasa ni?) Kenit hehe.

Mula-mula memang susah nak catch-up maksud diaorg, tapi hidup ni kan penuh cabaran hehe. Kalau cabaran sekecil ini pun kita tak tahan acaner nak menghadapi cabaran yang lebih hebat nanti, ye dop? (^_^)

Nak tahu perkataan pertama yang Kenit belajar mula-mula sampai di Kuantan?....


"Makcik, bungkus teh ais satu....?"


makcik tu gi cakap kat orang kat dapur....


"Teh beng bukoh ser!"


'TEH BENG?? What is teh beng? aku mintak teh ais bukan teh beng'...getus hatiku.

Heee tersengih sengsorang kalu diingat balik peristiwa di kedai roti canai Pok Mak (Pak Omar) di Jaya Gading. Terdetik dalam hati nak gi cakap kat makcik tu...'bukan teh beng makcik, tapi teh ais'. Mujur Allah 'berat'kan mulut ni nak bercakap, kalau tak Kenit terpaksa sack kedai Pok Mak yang sedap tu dek kerana kemaluan muka tebal 15 inci! hehehe.

Di ofis pun begitu juga. Pergaulan antara Kenit dengan rakan sekerja (kebanyakannya pokcik-pokcik) banyak membantu Kenit mengenali lebih dalam lagi dialek Teranung dan Klate. Kadang2 bercampur-campur pulak antara dua dialek ni hehe.

Selain dari pokcik-pokcik, seorang lagi hamba Allah yang banyak ajar Kenit dialek Teranung ni ialah tak lain tak bukan, duta bahasa Teranung tersohor Ustaz Azhar Idrus. Kenit selalu mengikuti ceramah-ceramah beliau di youtube dan dari situ Kenit belajar juga cara bercakap dan lenggok bahasa Teranung.

Penguasaan dialek Teranung dan Klate ni memudahkan Kenit berkomunikasi dengan mereka. Rasa macam satu family gitu heee tak terasa langsung yang kita ni perantau. Sebab tu, kalau kita pergi merantau negeri orang, kena rajinkan belajar banyak bahasa...tak rugi pun, seronok lagi ada! (^_^).

Uikkkss panjangnya celoteh Kenit, biler nak start belajar ni?ekekeke...jom jom!

Perkataang ni hok femes-femes laker hehe...


  • acu -cuba
  • air geh - air gas (berkarbonat)
  • ambe - saya
  • apah nyor - hampas kelapa
  • ayang - ayam
  • bahang kattok - kena pukul
  • balok-arok - serabut kepala
  • bapok/ bapok gong - besar/sangat besar
  • basah jerok - basah lencun
  • be do owh - melampau sangat
  • bek woh - kenduri
  • bekeng - garang
  • belake - semua
  • berat nanang - teramat berat

  • bewok - biawak
  • blebel - membebel
  • bodo do'oh lalu - bodoh sangat
  • bokeh - cokeh
  • boyak - beritahu
  • bulih - boleh
  • buh etek - letakkan juga
  • bui siya- beri seringgit
  • comey lote - teramat lawa
  • dak per ah - tak apa lah
  • culah - malas/degil
  • dinung- di sana

  • dok tahu mende - tak tahu apa-apa
  • dok ahu gop - tidak tahu menahu
  • dok dang - tak sempat
  • etek - juga
  • erek - heret
  • gapow - apa
  • ge ge - buat bising
  • gedebe - hero/terer/samseng
  • gelecoh - tergeliat
  • gelenya - gatal/nakal
  • gewe - kekasih
  • guaner gamok - apa khabar
  • hok - yang/yang mana
  • huduh sepang - teramat hodoh
  • jangang - jangan
  • kuca - kacau

  • kelih - lihat
  • kemah-keming - tutup rapat-rapat
  • katok - pukul
  • kapong - kampung
  • kedaroh - makan
  • ker kor - mencakar
  • kesok ati - kecil hati
  • kesot - alih tempat duduk
  • khellak - gula-gula
  • koho - makin
  • koho-koho - beransur-ansur
  • koya - perasan/poyo
  • kuak - kuat
  • lebong - menipu/tipu
  • lening - sekarang ni

  • nawok - tipu
  • nebeng - melampau
  • nok bui - nak beri
  • nok geroh - nak jadi
  • panah - panas
  • pah ceroh - sampai ke sudah
  • seme- semua
  • sokmo - selalu
  • sumbak molek - masuk padat dalam kepala
  • tembor - cabut lari
  • tepek - tampal
  • tubik - keluar
  • tirih - bocor


Guaner blajo, bulih dop tow? hehe. Pelang-pelang blajo deh..(^_^)

Nok tahu banyok lagi,  bulih la pakak-pakak gi SINI deh (^_^)

9 comments:

  1. Assalamualaikum. hahaha sheila selalu g kedai makan orang Kelate. memang dah paham sikit2 teh beng dan lain2 tu. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      teh beng tu yang klasik tu hehehe. Kat kl ni pun kadang2 tersebut teh beng, melopong je mamat buat air tu ekekeke (^_^)

      Delete
  2. Loghat utara pun susah nak buang cmne nak kecek kelantan..lagi pelik la bunyinya nnti.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa..balik utagha kita habaq utagha..balik Pata Timur, kite bantai loghat Teranung/Klate hahaha.

      Peliks itu seni...betoi ka farah? ekekeke (^_^)

      Delete
  3. jom join! )
    http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. hehe..kat sini kita belajar bahasa kelate pulak..awesome..buat la lagi kak.hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kam?pahni kiter blajo kecek klate pulop, guaner setuju?:-)

      Delete
  5. *baru tahu kemah keming tu maksudnya apa..huhu ganu n kelate lebih kurang sama kan? huhu

    ReplyDelete

Apa kata korang?