10 Fobia Paling Pelik

Friday, June 14, 2013

gambar hiasan

Kiter semua tahu aper itu fobia. Ia membuatkan hidup kiter 'sengsara' apabila berhadapan dengan sesuatu @ seseorang sehingga timbulnya fobia dalam diri. Fobia ialah ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu samada benda, orang, makanan atau apa-apa saja. Biasanya, kiter dengar orang fobia pada ketinggian, fobia pada air, fobia pada serangga, fobia pada kegelapan. Tapi, yang ini lain tau...memey peliks-peliks fobia dia. Korang mesti terkezutttttttttttttttt! Jom kiter selongkar 10 fobia peliks. Jeng jeng jeng......!~



 Spectrophobia
  Fobia pada cermin @ bayangan sendiri dalam cermin.


Bagi kebanyakan wanita, fobia ni memey jarang-jarang sekali kiter temui ye dak. Wanita memey tak boleh dipisahkan dengan cermin macam KL dengan trafik jam muahaha~ Fobia jenis ini melanda bagi orang yang kononnya takut pada bayangan hantu di cermin. Namun, ia sebenarnya lebih kepada takut kepada gambaran kekurangan diri dan tiada keyakinan, lantas menafikan bayangan yang ada di depan cermin. Hmmmmm tapi orang yang ada spectrophobia ini masih boleh dirawat seperti kaedah rawatan fobia yang lain.


 Ablutophobia
 Fobia untuk mandi



Haaaaaaaa saper ader fobia untk mandi?? Berat nanang la kalu gitu yer hehehe. Fobia mandi lebih banyak tercetus pada kanak-kanak dan wanita berbanding lelaki terutama mereka yang emosional! Biasanya, fobia ini dicetuskan apabila kiter telah melihat @ mengalami suatu kejadian yang menyebabkan perasaan cemas dan trauma terhadap air. Spectrophobia ini amat berbeza dengan Hydrophobia (takut air) kerana mangsa tidak takut pada air, sebaliknya takut pada proses pembersihan tersebut. Hey, jangan tak tahu ablutophobia ini boleh menyebabkan sakit kepala, sesak nafas,peluh yang berlebihan, denyutan nadi kencang, muntah, mulut kering, menggeletar, malah boleh jadi GILER!

 Anthophobia 
 Fobia terhadap Bunga



Umang aiiii...ader jugak orang takut pada bunga yer. Tak pernah lagi dibuat orang..aper yang menakutkan pasal bunga ni?? Setahu kiter, bunga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan melainkan alergi ade la. Sebenarnya, fobia terhadap bunga ni mungkin berkait rapat dengan takut pada duri bunga yang tajam. So, kalu korang macam seram jer tengok bunga yang 'boyfriend' korang bagi, maknanya korang ader Anthophobia.

 Chorophobia
  Fobia terhadap Menari


Hadoowwwww! Takut menari pulokkkkkk. Menari merupakan perkara biasa dalam rutin kehidupan. Menari adalah ekspresi terhadap perasaan, kegembiraan dan kenikmatan. Boleh jadi takut menari ini tercetus akibat trauma yang dialami mangsa ketika menari, seperti terjatuh hingga menyebabkan kecederaan serius, atau menyebabkan orang lain cedera kerana tariannya. Rawatan fobia ini sama seperti fobia yang lain, tetapi ia sukar dikesan kerana mangsa selalunya tidak mempunyai latarbelakang sebagai penari.


 Heliophobia
  Fobia terhadap cahaya matahari (versi vampire)



Ahaksssss~ Ader ke yang seperti di atas ni? Habis selubung satu badan dengan kain..dah macam mayat plak. Kalu gitu, sesuai sangatlah ia dikategorikan sebagai 'vampire' bak kata omputih...dah, 'vampire' kan takut cahaya matahari?Hehehe, sebenaqnya ketakutan terhadap cahaya matahari ini adalah kerana kebimbangan yang tinggi terhadap kemungkinan mendapat kanser kulit. So, orang yang fobia terhadap cahaya ini akan sedaya upaya untuk mengekalkan dirinya dalam 'kegelapan', maknanya duduk di tempat yang kurang cahaya @ gelap dan hanya keluar pada waktu malam.


 Nomophobia
  Fobia tiada telefon pintar (mobile phone)




Inilah jenis orang yang tak boleh tinggalkan handphone mereka walau sekejap. Adakah anda termasuk dalam kategori ini? Rata2 generasi muda sekarang ada penyakit Nomophobia. Cer try tinggalkan handphone anda di umah, tengok ada yang meroyan tak nanti? ngeeeee~

 Phagophobia 
 Fobia untuk menelan



Giler aper nak telan bola snuker cam tu? Mau tak fobia...haiihhhh.~ Fobia untuk menelan ini adalah kesan secara langsung kepada pengurangan berat badan dan kurang nutrisi dalam badan. Ketakutan untuk menelan mungkin dicetuskan oleh pengalaman mangsa yang pernah tertelan sesuatu yang mungkin telah mendatangkan mudarat secara fizikal ke atasnya. Cth: tertelan sudu.


 Tricophobia  
Fobia kehilangan rambut



Wahahahahaha~ kenit gelak bukan sebab rambut dia gitu, tapi sebab lobang idungnya yang gelap itam pekat tu boleh masuk train sebijik hehehehe. Fobia ni walaupun peliks tapi memey ader orang yang mengalaminya. Kebimbangan terhadap kehilangan rambut menjadikan mereka fobia jika terjumpa helaian rambut di mana-mana...kesian.


Arithmophobia 
Fobia terhadap nombor




Ader gak orang yang takut pada nombor ni yer..macam kenit la. Hari-hari nengok nombor naik fobia rasanya ehehehe. Tapi itu dah keje kan, so kenit redha (^_^). So, salah satu persoalannya sekarang, dari mana datangnya arithmophobia ni? Kalu kiter dapat kesan dan kenalpasti ciri-cirinya maka, senangla kiter nak atasi fobia ini. Tengok nombor memey fobia, tapi kalu kira nombor kat duit kertas terus jadi terapi heeee~


 Ambulophobia  
Fobia berjalan

Fobia berjalan ini mungkin dicetuskan oleh hilang kawalan ketika berjalan. Mangsa mungkin telah mengalami kejadian atau trauma eksiden yang menyebabkan kedua-dua kakinya tidak dapat berjalan dengan sempurna atau hilang kawalan berdiri. Kecederaan yang dialami serius dan ini menyebabkan mangsa sukar untuk melatih dirinya mula berjalan.


#Fuh! ntah apa2 punya pesen fobia manusia ni yek hehehe. 

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. alhamdulillah dapat ilmu baru...teruskan share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi terjah cikgu (^^,)

      Delete
  2. hahaha... blogphobia. byk berlaku terhdp blogger. hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogaholic pun banyak gak muahaha (^^,)

      Delete
  3. fuh..lega..saya tak ada pun fobia2 merepek nie..huhu

    ReplyDelete
  4. saya ada aquaphobia!!! mmang sengsara dibuatnya!! panik bila sentuh air laut!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM