Breaking

Tuesday, June 04, 2013

Ada Apa Dengan Kasut Tumit Tinggi?

Assalamualaikum!~


Kasut dan wanita berpisah tiada...boleh ke cenggitu?
Tapi, kasut tumit tinggi dan aku tak pernah kekal selalu.
Hanya mampu merenung dari sebalik kaca itu...
Lalu pergimu bersama tuan baru..
~ececececececeh~

sumber: google


Lalu ada apa dengan kasut tumit tinggi? Cer citer cer citer...

Nampak lebih cantik dan elegan - May be....u know that catwalk thing. 


Si gadis berkebaya merah saga berkain batik,
jalan melintuk liuk di bawah panas terik, 
berjalan sopan penuh tertib,
memukau mata sehingga mengenyit.
~ekekekeke~
(PANTUN KENIT FAIL)

Wot derrrrrr....omputih maner pakai pantun! T____T

Aksesori? Tak dinafikan perkara tu...kasut sudah menjadi sebahagian dari aksesori WAJIB bagi wanita, especially wanita berkerjaya. Pernah sekali Kenit beli sepasang untuk gi keje. Huhhhhh....citernyer di SINI

Anyway, Kenit bukan nak bermadah atau meludah meluah, just nak share keburukan kasut bertumit tinggi. Memang wanita (anda, anda, anda dan saya) suka pada kasut. Kat umah, siap ada rak khas untuk kasut-kasut marbeles kiter kan. Kasut suami sila letak atas rak aje  muehsssss~Tertutup rapat siap berkunci bagai (skrg pun orang curi kasut gak tau).

Walaupun ramai yang mengetahui (i suppose) keburukan kasut tumit tinggi, tapi still ketegaq nak pakai hehe. Takpe, manusia memang mudah lupa so, kiter sama kasi peringat noooo

KEBURUKAN KASUT BERTUMIT TINGGI


  • Ketika berjalan dengan kasut bertumit tinggi, pinggul miring ke depan dan menambah kelengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan bertumpu ke belakang untuk memperbetulkan keseimbangan, menyebabkan pemampatan pada punggung di bahagian bawah.


  • Dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari kaki, kerosakan tulang telapak kaki, dan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana  beban tubuh tertumpu pada jari-jari kaki.

  • Postur badan yang menambah paksaan pada bahagian belakang lutut, risiko tinggi untuk osteoarthritis bagi wanita.
  • Membuat pinggul dan tulang belakang tidak sejajar lagi. Hasilnya, tubuh akan melengkung dan membongkok.
  • Otot betis menjadi lebih pendek dan tegang akibat kontraksi dengan sudut dalam kasut tumit tinggi.


  • Dapat menimbulkan penebalan jaringan saraf antara jari ketiga dan jari keempat yang dapat menyebabkan rasa sakit dan mati pada jari kaki.
  • Kaki akan mudah cedera terutama bahagian buku lali.
  • Otot kaki bahagian bawah tidak dapat bekerja secara maksima.
  • Peredaran darah tidak lancar dan tersekat di beberapa tempat.
  • Menyebabkan ketidaklancaran sistem urogenital - sistem pembuangan najis tidak lawas/lancar
  • Mempengaruhi kesuburan dan keinginan seksual.

Banyak juga buruknya. Toleransi ketinggian tumit adalah seeloknya sehingga 1 inci. Jika lebih dari 1 inci, ia mampu mencederakan kaki dan mengubah bentuk kaki anda. 

Dan, jika ia anda masih ketegaq jugak mungkin Kenit patut tunjukkan sesuatu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v











P/S: Sayangi kaki kita...yakini kasut flat ekekeke~

20 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. masyallah. takutnya tengok kaki bengok2 camtu. mujur sheila jenis pakai sandal dan selipar. lebih kasual! nak pakai kasut tinggi pun cuma wedges je. hihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      eeeeiii seriau kan? terbengkok sana terbengkok sini. Jari yang asalnya cantik lurus dah senget.

      Kenit pun prefer sandal tapi gi keje kena pakai kasut bertumit rendah. Kalau pakai tumit tinggi kang orang panggil tiang bergerak pulak wakakakaka. Kat opis tukar plak pakai sandal biasa hehehe (^_^)

      Delete
  2. saya tak suka kasut tinggi juga..
    kekok nak jalan..tambah2 saya ni jalan gila laju..kejar apa pun tak tahu la..ehehe

    mak pernah buang my high heel sbb dah berkurun tersimpan dalam rak kasut.. T__T padahal itu member hadiah..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii sayangnye, tapi mak nana tengok tak berusik tak berpakai tu yang dia buang kot. Takper, nanti suruh orang tu bagi kasut lagi hehehe.

      Delete
  3. ish ngeri kesannya.. tp still wanita nak pakai. tu yg pelik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No pain no gain bro ekekeke

      Tu kata diaorg, bukan Kenit hehehe (^_^)

      Delete
  4. Nguwarkkkk.. amat menakutkan... hohoho.. mau shre info ni dgn kawan pompuan yg Gila sangat dgn kasut tumit tinggi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mengeshare. Hakikat sebenar bagi pemakai tegar kasut bertumit tinggi. Ni kesan dalam jangka masa panjang.

      Delete
  5. rase ngeri pulak ngk pic2 kaki org tu.. fiza pakai jugak tp time dtg opis, masuk opis duk kt meja terus pakai selipar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama hehe. Hakikatnya, kasut keje kena pakai jugak untuk formaliti di opis. Kena sediakan sandal si opis baru selesa nak berjalan kesana sini kan heeee (^_^)

      Delete
  6. kak lea kan pakai heels masa kenduri je he3...memang selesa wedges,pumps,flat shoes.kadang2 husband pelik masa shopping kak lea tak terliur langsung nak pergi bahagian heels he3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenit terliur tengok design je kak hehe. Nak pakai tkleh sebab dah terlebih tinggi hehehe

      Delete
  7. perghh..bahaya tu..aku tak tau la apa yang nikmatnya pakai benda nie..aku penahla try, hahaha..sakit je aku dapat, tak selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah try?? Perghhh tu la tak rasa sendiri tak tau gak kan ekekeke. Biar sakit asal cantek heeee (^_^)

      Delete
  8. saya xbape gemar pakai kasut tinggi ni..sakit kaki.. mula la nti paha pun krem. pakai time kuar kete naik ke pej. pastu tukar slpar..hehe.. dan ngan en.tunang je berkasut tinggi ni.tp x tinggi sngt la.. sangat tak tahan sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenit pun tak biasa pakai kasut tinggi, walau kadang2 teringin nak pakai hehehe. Tapi, kenit kenalah sedar diri ni dah sedia tinggi ekekeke

      Delete
  9. momoy suka heels . serius. tapi lihat tempat dan keadaan juga la nak pakai heels. jangan seksa diri. kalau pakai heels pun hanya 2 -3 jam jer. still bawak flat extra untuk rehatkan kaki. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. good dear. At least, kaki tidak 'terseksa' dengan kesempitan dan ketinggian kasut bertumit tinggi.(^_^).

      Delete
  10. Hoh ?takot pulak tgk picture2 tu . Masaalah skunk saie suke hugh heel . Wedges yg baru beli 4inci stgah..cantik..syg klau tak pkai.. :/ pkai kjap2 boleh kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah beli takkan taknak pakai ye dak hehe. Boleh kalau nak pakai kejap2 kot...tapi jgn sampai 'membebankan' kaki sehingga terjadinya seperti yang di atas....tak cantek kaki tu nanti hehe :D

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.