Adakah Ini Sikap Anda Ketika Di Jalan Raya?

Wednesday, June 19, 2013

Assalamualaikum!~

  • Memandu perlahan di lorong kanan - hohohoho ini boleh mengundang pencemaran bunyi (hon)! Dah tau lorong paling kanan untuk kelajuan maksima, dia bantai meronda 50km/j (maksima 90km/j). Ko nak makan angin duk lorong kiri la beb! Orang macam ni bukan takat kasi hon je, kasi high-beam dengan cucuk angin sekali baru ada akai.



  • Tukar lorong sesuka hati - ni bangse takda budi bahasa namanya. Dari kiri nak masuk kanan main tekan minyak je. Motor kat belakang ada ke takda ke, dia tak pandang dah. Dia main seluk ikut suka jantung dia je! Motor belakang yang tak tahu apa terpaksa brek mengejut. Kalau kena tendang kat body kete tu sia-sia je!


  • Tak bagi signal kiri/kanan - ni  plak bangse pemalas! Bukan jauh sangat pun nak petik signal tu. Tak kena bayar sesen pun, tapi pemalasnya....nauzubillah! Kita plak yang kena himpit ke tepi nak bagi dia masuk lorong kita. Tak ke kuang ajo namenye tu!


  • Kat bulatan, dia pecut laju - turn kite nak lalu, dia boleh pecut tekan minyak nak lalu sama?? Tak ke badigol namanye tu! Apekejadahnya ko nak jalan padahal turn kete belah sana yang kena lalu dulu. Takde kete baru ko jalan...mangkuk!


  • Bercakap pegang handphone - pergghh! terbako rasanye yop. Dia pandu slow je, kite ingatkan dia salah jalan ke, dok cari kedai ke. Bila potong kanan, tengok dia boleh bercakap pegang handphone??! Menyirap darah ni tak terkata rasa nak baling sepana je kat dia. Kete punye mahal, handsfree pun ko tak boleh beli ka? Kedekut taik idung masin...menyusahkan orang!


  • Himpit motor - yang ni hanya penunggang motor je yang merasakan sengsaranya berkongsi jalan dengan kete. Kete besor sangat ingat takde orang kiri kanan, tukar lorong tak bagi signal terus tukar...tau2 motor dok ada kat tepi dia! Spesies pemandu ni kalu jumpa memang kaki kena hinggap kat badan kete. Hinggap kat badan kete takpe lagi tak sakit, tapi kalu kete besor tu tersentuh sikit ja dengan motor mau terpelanting orang tau dak. Silap2 nyawa melayang...baru ada akai???


  • Lampu belakang rosak - Kenit pernah jumpa yang ketiga-tiga lampu belakangnya 'buta'! Giler la nak drive belakang dia. Boleh membahayakan tau dak! Kalau orang tak perasan memang kena sondol la dari belakang.


  • Memandu di lorong kecemasan - ni tahap paling kurang ajar dalam sistem pemanduan di jalanraya. Tak cukup dengan lorong kete yang disediakan, dia bantai guna lorong kecemasan.Time-time traffic jam kite boleh jumpa pesen gini. Sepatutnya laluan tu untuk motor atau ketika kecemasan je. Paling best tengok masa polis trafik duk kat depan, tahan kete camni. Dah kena saman baru ada akai!


  • Parking di laluan jalan - ni pun boleh mendatangkan marah. Sudahlah tamak amik satu lorong laluan jalan, parking pulak herot berot! Eeeiiiii! jalan tak jam boleh jadi tambah jam! ari-ari kalu camni bukan takat hati je yang jam, mata ngan jantung pun boleh jam tau!


  • Buang sampah keluar dari tingkap kete - pergghh! rasa nak pecut je kejar kete yang buat cam tu pastu baling sepana kat kepala dia. Takda kesedaran sivik langsung! kete ko pandai nak bersih, sampah sumer habih kot abur atas jalan ye! jentik idung tu baru tau...!

Macam-macam pesen pemandu kita boleh jumpa kat atas jalan raya. Darah menggelegak sampai ke tekak tapi nak menjerit suara tak kuar, nak mencarut tak elok plak hehehe.

Jangan jadikan pengalaman pemanduan anda satu mimpi ngeri bagi orang lain. Terutama musim balik kampung akan bermula bulan puasa dan raya. Jadilah pengguna jalanraya yang berhemah dan sentiasa ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan.

Peace! (^^,)

P/S: Nak lukis doodle jari takda seni, ni je la yang termampu den buek. Harap paham la yo hehehehehe (^_^)

You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. Itulah reality sebenar di malaysia kan. Huhu.
    Kena cari inisiatif cemana nak tanamkan kesedaran dekat pemandu supaya lebih berhemah ketika memandu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inisiatif bermula dari diri sendiri. Susah nak suruh orang tolong gerakkan kalau kita sendiri tak buka langkah dulu hehehe.

      Delete
  2. Semua yg kat atas tue mmg selalu jumpa masa ondwy p kerja..paling sakit hati kalau ada pemandu yang kurang ajar or tak faham bahasa suka2 hati memandu guna lorong kecemasan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang diatas ni Kenit memang dah ari2 jumpa atas hiway hehe. Pemandangan begini biasa dah :D

      Delete
  3. Semua yg ada tu mmg tu lah spesis pemandu di Malaysia... Hmm.. Klu nk iktkn mmg tension.. Tpi sabar je lh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak maria, hari2 pun drama yang sama..sabo je la :)

      Delete
  4. realiti... memang itulah yang dihadapi selama 14 tahun pegang lesen...macam2 kerenah dah manusia atas jalan raya yang dah Farah jumpah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam garam jadi pemandu KL gitu le farah heee :D

      Delete
  5. lemah semangat law jumpa ore cam gini~~errrrr ahaha

    ReplyDelete
  6. benda yg biasa terjadi kat pemandu malaysia ni
    hmm..kene masuk kursus kpm balik
    baru sedar rule di jln raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, rasa nak bukak kelas lanjutan untuk pemandu yang dah ada lesen la ihik~

      Delete
  7. kalo kat paly, rase2 cam takde jer sb paly jenis bawak slow kete, hehehe.. kalo motor, laen kire, cam2 hal buat..

    # org laen ade jer paly tngok, haha

    ReplyDelete
  8. Ada org yg klu dpt steering mmg dah mcm masuk hantu memandu.. berhati2 di jln raya...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM