Anda Prihatin?

Friday, June 21, 2013

Assalamualaikum!~

Satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :

“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”



Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Adalah ditegaskan:

 1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.

2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.

3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.

4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.

Selamatkan Syria! Save Syria!

20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

sumber:fb

Di waktu yang sangat getir bagi saudara-saudara kita di bumi bergolak  Palestin dan Syria, tentunya ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka walaupun bukan dengan mengangkat senjata. Mana mungkin kita berdiam diri memeluk tubuh hanya menyaksikan dari tingkap rumah kita akan penderitaan dan kesengsaraan saudara sendiri?

Bilamana, umat Islam dari negara2 lain telah tampil untuk sama2 berjuang dengan para mujahideen di Syria, dan masih ada juga umat Islam di Asia Tenggara ini yang masih mengambil langkah pekakkan telinga butakan mata. Sesungguhnya, anda mempunyai kuasa untuk memilih samada berjuang atau berdiam.

Antara produk kurma dari Iran yang terdapat di pasaran adalah:



Ini antara produk kismis syiah yang dijual di Malaysia....


sumber : fb

Doa syiah dalam kismis:


Li ham sa u’ ud’ fi bi ha haral wa ba ill ha di
mad

Al mus tho fa’.. wal mur ta dzo’.. wab na hu

ma

Ma a’ fa ti mat.

Maksudnya;-


Ada bagiku dengannya aku memadamkan
kepanasan berjangkit. Mereka itu ialah Nabi
yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dah
kedua anak mereka (Hasan dan Husain)


Hati-hati ketika membeli kismis. Baca dulu label, kandungan dan dari mana ia datang. Jika dari Iran, Israel, China (kalau ada), dan Rusia (kot-kot ada)Cop halal?? takda makna...!

Kurang sebulan lagi bulan Ramadhan akan datang menjengah kita insyaAllah. Inilah masanya kita tunjukkan keprihatinan kita terhadap saudara-saudara kita di Syria. Sesungguhnya, syiah umpama duri dalam daging, barah yang membunuh! Ditambah dengan campurtangan asing dari negara kuasa besar dunia. 

Seandainya kita benar-benar simpati dan ingin menunjukkan kesungguhan kita untuk membantu rakyat Syria yang dizalimi, maka mulakan langkah anda dengan memboikot produk kurma dari Iran sempena Ramadhan nanti. Tak sanggup rasanya menjamah makanan dari tangan yang bersekongkol dengan pembunuh dan perosak maruah saudara kita di sana.

Selamatkan Syria! Tunjukkan semangat persaudaraan anda! Mari boikot kurma Iran!

P/S: Ya Allah lindungilah saudara kami walau dimana mereka berada..aaminn~

You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit. allahuakbar! selamatkan saudara Islam kita. sedih tengok dekat fb ramai post gambar kanak2 syria mati dibunuh hidup2, dikencing atas mayat. masyallah. sedih sangat kenit >______<'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      ye sheila, mereka sedang diseksa di tanahair mereka sendiri. Ini adalah salah satu cara kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap mereka yang dizalimi. Di samping jgn putus berdoa kepada Allah.

      Delete
  2. nice sharing... marilah kita lakukan apa yang sepatutnya dilakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...semoga Allah melindungi para pejuang kita :)

      Delete
  3. semoga mereka terus tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...sama2 kita doakan untuk mereka ye :)

      Delete
  4. kadang2x sedih jugak, sbb masih lagi orang yang tak tau pasal syria ..hmm. apa yg penting aku sokong boikot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu Kenit nak share sbeerapa banyak info tentang syiah dan syriah agar kita dan mereka sumer celik mata dna hati untuk mengetahui perkara sebenar...insyaAllah

      Delete
  5. In shaa Allah, nice sharing. Moga2 kesedaran macam ni sentaisa diserapkan dalam jiwa2 setiap orang dr kita. Moga Allah berikan mereka kekuatan utk terus bertahan. In shaa Allah. Amin

    ReplyDelete
  6. Tadi pergi beli kurma, mujur ada yang dari Tunisia.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM