Thursday, June 06, 2013

# Islam Point Of View # Jom Tambah Ilmu

Fakta Benar Tentang Daging Kambing.

Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Masyarakat kita sering menganggap daging kambing mengandungi tinggi kolesterol. Ada juga yang menganggap daging kambing yang menjadi antara makanan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'panas' yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Begitulah liciknya permainan golongan Yahudi yang ingin menjauhkan kita dengan amalan sunnah Nabi. Mereka mahu kita meminum susu lembu mereka sedangkan mereka mendidik kaum mereka untuk mengamalkan minum susu kambing. Mereka percaya dengan kebaikan dan khasiat susu kambing. Maka, disebabkan itu, kita lebih gemar memilih daging lembu. 

Melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis membuktikan bahawa daging kambing baik untuk kesihatan. Mari kita selongkar kebenaran itu.

gambar hiasan
-daging kambing segar-

Pada masa kini, kambing merangkumi 63% sumber protein yang dimakan oleh penduduk dunia terutama di kawasan negara Arab dan Afrika Utara. Selain itu, ia juga menjadi pilihan penduduk di rantau Asia Tenggara, kepulauan Carribean dan kawasan tropika yang lain.


Begitu juga di Barat, pengambilan daging kambing dilihat mendapat publisiti meluas kerana sumber proteinnya menjadikan ia lebih digemari berbanding daging lembu.

Amboi! suka sangat dia tu. Sapa kata senyum kambing tak comel?
Tertib je dia senyum ekekekeke

KOMPOSISI KHASIAT DALAM DAGING KAMBING
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

  • kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
  • lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

  • kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

  • lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

  • asid amino -  sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

KEBAIKAN PENGAMBILAN DAGING KAMBING

BAIK UNTUK JANTUNG
Selama ini, kita dimomokkan dengan kesan buruk mengambil daging kambing dalam diet makanan. Hakikatnya, penemuan saintifik membuktikan sebaliknya.

  • Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu (daging kambing) bagus untuk membantu membaiki paras kolestrolmelegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

  • Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

  • Penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

  • Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT
  • ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

  • mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. Susu kambing baik untuk mengatasi masalah obesiti.

  • boleh mengatasi masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi. 

  • kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

MENCANTIKKAN KULIT

  • Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing. Ia amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. 


  • Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari


  • membantu merawat  masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.


  • Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.


    MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN

    • Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang


    • Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 


    Subhanallah! Begitu banyak kebaikan daging kambing yang selama ini kita pandang enteng. Dari daging dan susu yang baik untuk kesihatan, bulunya yang boleh mengurangkan kedinginan serta peluang perniagaan yang wujud darinya sangat membuka mata dan hati Kenit!

    Semoga info di atas dapat membuka mata dan hati serta mengubah perspektif stereotaip kita terhadap daging kambing. Sesungguhnya, setiap sunnah Nabi ada kebaikan dan manfaatnya. Oleh kerana orang Barat (Yahudi) tidak mahu kita mengikuti sunnah Baginda maka, pelbagai fitnah dan pembohongan yang mereka keluarkan. 

    P/S: Teringat Burger Bakar Abg Burn dan Lamb Chop Sizzling....nyumm nyumm!(^_^)


    Ada Apa Lagi Ngan Kambing?:

    10 comments:

    1. daging kambing mmg yg terbaik, tapi knapa org yg de migrinxleh mkn.. sy mmg alergik dr dulu, kalau adik sy bau mskn kmbing blh naik gatai satu bdan... huhuh..

      ReplyDelete
      Replies
      1. mungkin itu alergi kot kak. Sama gak cam kekacang, ader orang tkleh makan kekacang walhal itu baik untuk kita.

        Tapi, pada asasnya daging kambing adalah yang terbaik buat kita (^_^)

        Delete
    2. pernah juga baca tentang kambing ni.ada pendapat yang kata,anak2 zaman sekarang yang selalu minum susu lembu,kulit sensitif.ntahlah tu pendapat sesetengah orang.adik kak lea selalu amalkan pil susu kambing,asma dia dah ok,tak macam dulu asyik kena sedut oksigen je.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdulillah..sesetengah org memang serasi dgn produk berasaskan kambing. Kalau ia baik why not teruskan ye tak? (^_^)

        Delete
    3. Sya ada masalah kulit masa kecik2 dulu..tapi sampai skrg xberani nak makan daging kambing...bila baca info nie sebaliknya pulak yer...ermm tp ttp takut nk makan..huhuhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. Takpe farah sekurang-kurangnya kini farah tau kebaikan daging kambing. Nanti slow-slow la cuba makan k...sodap!hehe (^_^)

        Delete
    4. daging kambing ok, tp bahan2 yg kita campak masa masak tu yg buat jadi x ok... wish Tedi luck.. :) .. curik masa jalan2.. hehehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tu sebab kalau kita masak sendiri lagi bagus. Kambig ni masak tk remeh kita panggang gitu ye dah sodap. Letak pulak sos lada hitam. Nak sodap lagi poram dgn serai dan bawang dan madu..fuh!sodap eh laaa hehe (^_^)

        Delete
    5. Perkongsian menarik.. terima kasih.. :)

      ReplyDelete
    6. akak tak boleh makan daging kambing nie..mesti migrain datang...thanks sharing kenit

      ReplyDelete

    Apa kata korang?