Sunday, June 16, 2013

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Hari Repot Kad - Post-mortem

Assalamualaikum!~

Sejak aku ambil repot kad Khamis lepas, masih teringat-ingat wajah selambaku terbahak-bahak ketawa depan cikgu. Bila diingat kembali....' haiihhh malu! malu! malu!'



Rahsia tersirat yang......kah kah kah kah kah!
Tak sangka ini respon yang kuberi.....


"Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah......."

Lebih kurang begitulah respon aku......atau sedikit sopan dari itu. Mungkin cikgu tu menyangka mak Mira dan Wani ni dah gile kot! Orang tengok buku repot kad muka serius dia boleh ketawa plak! muehsss~






Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, tapi tak sangka plak mereka juga punya skill yang sama! muahahaha. 

Aku seboleh2nya tidak mahu judging mereka berdua berdasarkan markah dan gred mereka. "This is not an exam. We shouldn't make the children and ourselves stress because of it". Masih terngiang2 amanat cikgu tu padaku. So, i didn't bothered about the numbers and letters.

My eyes just looked straight to the ULASAN box. Well...what can i say? i just laughed la! No doubt my Pearls memang suka bercakap (mungkinkah penangan bertih jagung yang aku makan masa pregnant dulu?)


"Betulkah ni cikgu? Betulke Mira banyak bercakap?"

"Betul puan. Mira dari segi displin sangat bagus. Ikut arahan dan dengar kata.
Cuma bila siapkan homework tu dia sedikit lambat. Dari segi komunikasi dengan rakan pun bagus, suara dia kalu bercakap ngan kawan memang kuat. Tapi, bila cikgu tanya...halusssss je suara dia hehe"

Aku hanya tersenyum. Macam tak percaya je anak aku yang pemalu ni boleh banyak bercakap ihik ihik~

So now, it's Wani's turn...

"Hazwani meeeeeeemanggggggggg banyak bercakap. Dari pukul tujuh setengah
pagi sampai pukul dua belas tengahari tak renti bercakap" 
(sila baca dengan bacaan idgham muehss~)

Aku menyengih. Tekun mendengar cikgu tu bercakap dengan tona seperti berlagu.

"Reading, hafalan dia sumer excellent. Kalau saya tanya soalan dia boleh jawab.
Tapi, memang dia tak berenti bercakap dan kurang fokus haha"

Kami bergelak ketawa bersama. Aku seakan memahami perasaan cikgu tu.
Seriously cikgu, aku pun peliks ngan tahap tenaga yang ada pada Wani. 

"haha im not surpised cikgu. Kat umah Wani memang banyak bercakap jugak.
Dia diam bila time tido je"

Dan, kami ketawa lagi.

Ini adalah tahun pertama bagi kakak dan kali pertama buat adik yang baru nak mengenal alam persekolahan. Improvement yang aku lihat pada mereka berdua sangat memuaskan. Cuma karakter tu memang dah semulajadi heeeeee.



I'm so proud of you my Pearls! keep it up bebehs, ayah ibu love you even though you banyak cakap! (^^,)

4 comments:

  1. haha.. saya ingat Mira yang banyak cakap..hehe.. okay la tu at least pandai bercakap.. :) bravo.. ikut tabiat siaap la tu heh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua pun sama pesen nana..mulut pok pek dari bangun tido sampai nak tido muahaha.

      Delete
  2. hihii...sama macam anak sy. penat atok nenek nak melayan. bila ditanya bila boleh senyap, dia kata bila tido la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul dah tu memang time tido je la pun dia boleh senyap :D

      Delete

Apa kata korang?