Monday, June 17, 2013

# Anything and Everything

Kisah Di Sebalik Resit.

Assalamualaikum!~

Kisah Benar


sumber: fb

Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.


"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.
Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.

"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.


sumber : fb 

See..! non-muslim yang tak sembah Allah, tak puasa apatah lagi nak bayar zakat pun reti nak menderma pada masjid. Dah kiter yang muslim ni, mengaku Islam wat mende? 

Mereka percaya bahawa bila mereka buat kebajikan, keuntungan mereka dalam perniagaan akan bertambah dan mereka boleh menderma lagi. Uncle ni nampaknya lebih bijak menilai walaupun dia tak percaya pada Allah tapi dia tahu rezeki itu ada bila kita banyak buat baik sama orang. 

If they can do simple 'mathematic' why can't us true muslims can't figure out the goodness behind this story?


Don't hesistate my brothers and sisters. Jalan untuk anda buat amal sudah terbentang di depan mata. Pahalanya berterusan hingga ke kubur, taknak ke? Mereka (non-muslim) hanya dapat kebaikan di dunia, tapi kita dijanjikan dengan kebaikan dan pahala berterusan selagi manfaatnya sampai kepada orang lain. Allahuakbar~

Jika anda tak tahu mana nak mula, moh Kenit tunjukkan di SINI. Anda tak perlu tinggalkan komen atau beritahu anda berhasrat ingin menderma. Cukuplah sekadar anda dengan Allah yang mengetahuinya.

Cuma, Kenit harap anda di luar sana mohon hebahkan peluang terbaik ini pada rakan-rakan anda. Semoga, kita beroleh kebaikan dan keredhaan dariNya...aaminn~

16 comments:

  1. insyallah..perbanyakkan sedekah walaupun hanya dengan nilai yang kecil...seikhlas hati lah hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..mudah-mudahan sedekah ikhlas ini menjadi saksi mereka di akhirat kelak.

      Delete
  2. Assalamualaikum kenit. allahuabkar! subhanallah. alhamdullilah. terbuka hati beliau untuk bersedekah .. alhamdullilah. sebak sheila baca ni kenit.. semoga beliau murah rezeki dan diberikan hidayah utk masuk Islam. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalamwarohmatullah sheila...

      InsyaAllah, sama2 kita mendoakan ye. Aperpun, beliau tentu sudah maklum dengan kebaikan dan faedah menderma ni. Semoga saudara kita yang lain juga terbuka hatinya nak menderma.

      Delete
  3. semoga beliau dibukakan hati untuk mendekati islam dengan lebih rapat.

    ReplyDelete
  4. secara teorinya, jika kita anggap la kita tak kenal dosa pahala.. bila sedekah, org kenal kita, then org suka kita, then meniaga pun maju. Tapi jangan la anggap Tedi tuduh ada niat buruk ka, x ikhlas ka, apa ka... bukan itu.

    Cuma Tedi nak katakan, jika kita fikir logik ala-manusia je pun dapat fikir apa benefit sedekah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tedi, secara fitrahnya manusia suka kepada kebaikan regardless apa kepercayaannya. Dan mereka juga percaya buat baik dibalas baik dan sebaliknya.

      Cuma kelebihannya kita orang Islam, Allah dah jamin rezeki kita dan pastinya berkongsi rezeki itu satu amalan mulia apatah lagi dapat pahala..kan molek gitu ye dop?(^^,)

      Delete
  5. Betul tu, dengan menderma, Allah akan bukakan pintu rezeki kepada kita.yang penting, keikhlasan dalam menderma. Insaf sejenak membaca entri ini..

    ReplyDelete
  6. murah rezeki beliau..inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebaikan yang Allah dah janji pada orang yang berbuat baik..insyaAllah (^^,)

      Delete
  7. moga murah rezeki dia dan dibukakan pintu hati dia untuk masuk agama Islam

    ReplyDelete
  8. Mudah2han Allah memberi hidayah kepada "uncle" untuk masuk islam...

    mselim3

    pls: Apa yang kita mampu mendoakan uncle agar diberikan hidayah, dan hidayah pada kita untuk sama mengikuti langkah2 "uncle" itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Semoga ini kisah ini menjadi penggerak untuk kita berbuat kebaikan dan kebajikan yang berterusan insyaAllah (^^,)

      Delete

Apa kata korang?