Monday, June 03, 2013

# Jom Tambah Ilmu

Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 1

Assalamualaikum!~

Umat akhir zaman akan didatangi pelbagai ujian dan dan antaranya ialah kemunculan Dajjal. Jom persiapkan diri kita dengan menambah ilmu supaya kita tidak terpesong atau terpengaruh dengan Dajjal yang pasti akan muncul menyesatkan umat Nabi Muhammad. s.a.w.

gambar hiasan
                                 
Imran bin Husain berkata "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda "Sejak Adam diciptakan sehingga hari kiamat nanti, tidak ada satu pun ujian yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal" 
[Hadis Riwayat Muslim dalam Mukhtasar Muslim, hadis no 2058]

Fakta: Dajjal tidak disebut dalam Al-Quran secara jelas, jadi semua dalil tentang Dajjal diambil dari Hadis-hadis sahih dan hassan.

Pengertian Dajjal dari sudut Bahasa:
Dajjal mempunyai banyak maksud iaitu


1- Penipu
2- Diambil dari perkataan Ad-Dajl yang bererti menipu
3- Dinamakan Dajjal kerana kekuasaannya dan pengaruhnya di seluruh bumi kecuali Makkah dan Madinah


Ciri-ciri Dajjal:

Ibnu Umar menceritakan bahawa Rasulullah saw menceritakan tentang mimpinya melihat Isa bin Maryam dan Dajjal, "Dia (dajjal) adalah lelaki berbadan besar, dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting, matanya buta sebelah, matanya (yang buta itu) seperti buah anggur yang masak (tidak bercahaya). Orang yang paling mirip dengannya ialah Ibnu Qathan iaitu lelaki dari Bani Khuza'ah" 
[HR Bukhari dalam Kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani XIII/90]

Rasulullah saw bersabda: "Ciri-ciri Dajjal adalah matanya buta sebelah, kulitnya putih cerah, kepalanya seperti kepala ular, orang yang mirip dengannya adalah Abdul Uzza bin Qathan. Ia akan membinasakan banyak orang, sesungguhnya ketahuilah Rabb kamu tidak buta"
[HR Ibnu Majah dan Abu Daud dalam Silsilah Al-Hadith As-Sahihah]

Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda "Antara kedua matanya tertulis kafir (kaf alif fa ro) yang boleh dibaca oleh setiap mukmin yang boleh menulis atau tidak boleh menulis"
[HR Ibnu Majah dan Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dalam Shahih Al-Jami', 7752]

Rasulullah saw bersabda tentang Dajjal bahawa "Ia mandul dan tidak mempunyai anak"
[HR Muslim dalam sahih Muslim, IV/2242-2243]

Rasulullah saw bersabda "Mata kanannya buta seperti anggur yang menonjol"
[HR Bukhari dan Muslim dalam kitab Al-Fitan, bab penyebutan dajjal, IV/2247]

Dapat disimpulkan bahawa:
1- Dajjal adalah makhluk, bukan Tuhan seperti yang akan didakwa oleh dirinya (bahawa dia mengaku dia adalah Tuhan)
2- Dajjal buta sebelah matanya, yang berwarna gelap seperti anggur masak, dan terbonjol
3- Berbadan besar
4- Rambut keriting
5- Warna kulitnya cerah kemerah-merahan

Nantikan sambungannya (kalau berminat)..


sumber


Artikel berkaitan:



7 comments:

  1. Baca ciri2 Dajjal tu pun dh menakutkan..semoga kita tidak termakan fitnah dajjal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...sebab tu kita kenal ciri Dajjal yang sebenar. Terima kasih mieza kerana sudi membaca di blog Kenit (^_^)

      Delete
  2. saya suka baca benda2 macam ini..hehe.. cepat tau sambung..hoho.. tak puas baca..

    btw dah masukkn blog ini dalam bloglist..hehe..senang sikit.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe wokeh wokeh insyaAllah (^_^)

      Terima kasih nana (^_^)

      Delete
  3. ermm.... kita sedang melalui era dajjal tanpa disedari....

    ReplyDelete

Apa kata korang?