Merajuk!

Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikum!~

Dalam kete aku buat sama seperti yang aku buat setiap hari...bertanya macam mana hari mereka di sekolah dan di taska.

"so, makan apa kat nurseri arini?"

"mmmm makan nasi ngan sup ayam"

"wow! sedap tuuuuuu..ari2 makan ayam ye"

"tu laaaa anti mon masak sedapppp..."

"ohh ibu masak tak sedap la...gitu?" <<< muka ketat dah!

"ibu masak la sedap-sedap lenkali...."

"merajuk ah! sok adik gi duduk ngan anti mon terus. 
Nanti ari2 mira boleh makan sedap2" <<< muncung itik getah!

"alaaa ibu niiii....mira cakap ajeeee"

MERAJUK!

hohoho inilah peluang aku nak sakat budak kecik ni ngan kakak dia. Kakak tak berani bersuara sebab dia tengok muka aku dah ketat semacam hehe. Pandai gak aku berlakon yek ihik~

Sampai di umah pun aku masih diam...merajuk konon. Nak tengok apa diaorg nak buat ngan aku. Nak minta maaf ke nak senyap sama je ke nak nangis ke nak buat tak tau ke.

Aku gi dapur mira ikut hulur tangan nak salam minta maaf..aku buat dek je.

Aku masuk bilik mira ikut hulur tangan...aku tak pandang muka dia.

Aku duduk tepi kakak sambil ajar dan teman kakak habiskan homework, mira duduk sikit-sikit dia rapat kat aku. Aku buat dekkkkk je lagi. Kakak dah nak nanges dah muahaha. Dia ni emo sikit takleh tengok muka aku marah, dia ingat aku tak sayang dia ngan adik lagi dah. Alahaiiii anak....

Sesekali aku jeling kat dia tengok dia nanges ke tidak. Muncung ada dah, tapi dia tahan air mata dia kot, dia ingat dia masih boleh pujuk aku lagi la tu ~ Rasa macam nak 'cut' je lakonanku sebab tak tahan pulak tengok muka seposen dia tu....hulur tangan nak salam ibu.

Mira tetap tak berputus asa...dilalunya jari-jemari halusnya sikit2 kat tangan aku. Lama2 dapat gak dia pegang tanganku dengan mukanya yang kasihan minta diampunkan dosanya petang tadi. Sayang...luluh hati ibu tengok muka adik camtu. 

Ibu gurau je la sayang! Ibu suka nau sakat anak-anak tu pasal la Pak Jelan selalu tensi ngan aku muahaha. Dah nak sakat saper lagi kalu bukan anak-anak hehehehehehe. Sorry sayangggggggg heeeee :D.


muka cam biasa takde perasaan...sambar bantal busuk terus baring dan gentel!
syiokkkkkkkkkk wooooo! ihik~

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. hehe.. kelakar tgk gelagat ank kan.. hehe.. anak sy 1y9m tu pun pndai pujuk dh.. dtg peluk, cair la ummi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak maria, paling syok bila dapat sakat diaorg. Nak tengok ekspresi muka diaorg camner, rajuk yang camner, marah yang camner. Tapi, bab pujuk memang diaorg ohsem hehehe (^^,)

      Delete
  2. Alahaiii... comelnyer diorang rs bersalah... tp kejam giler kowt buat ank mcm tu... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 memang rasa kejam (sikit je la) bro muahaha, tapi sebab suka ngat menyakat, tu yg kena buat cam betul2 sikit kalau tak nanti kantoi la! ngeeeee :D

      Delete
  3. funny betul la..sian ank2 akk tu..hehe

    ReplyDelete
  4. haha. budak2 kalau mintak maaf tu memang kompom jujur. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM