Monday, June 03, 2013

# Awesome Places # Ekstrim

Pasar Terbahaya Di Dunia!

Assalamualaikum!~

Biasa Kenit balik kampung, kalau pi market (orang KL cakap pasaq hehe), Kenit tak suka bawak anak-anak ikut sama. Pasaipa? Pasai Kenit selalu habaq kat depa...


"ang pa takyah ikut...duk kat umah tok ja nooo"

"alaaaa...nak ikutttt nak ikutttt"

"takyah takyah...sana bahaya sat gi ibu beli cekelat kat ang pa"
(cekelat = gula-gula)

Mulala depa wat muka kelat macam kopi takda gula ekekeke. Persoalannya, bahaya yang macam mana yang Kenit tak bagi depa ikut tu? Haaaaa.....

Contohnya :

  • Kat market tu lantai basah licin satgi depa berlari ka berjalan ka dah jatuh...
  • Pastu, kita ni dok sibuk ngan barang-barang penuh kiri kanan, tkleh nak pegang tangan depa. Kalau nak time nak lintas jalan kan bahaya tak pegang tangan...keta pulak banyak, toi dak?
  • Kemudian, kat market tu orang ramai..kita dok sibuk tawaq kat abg juai ayam tengok budak dah takda kat sebelah... mau kalut Kenit!
Hat tu bahaya yang besa kita dengaq kan? Hat ni Kenit nak habaq yang TERRRRRRRRsangat bahaya! hehehe. Mai kita scroll bawah sikit (^_^)


Pasar Maeklong

Jika anda memandu dari Bangkok ke Hua Hin (mengambil masa 2.5 jam), pastikan anda singgah sebentar di Pasar Maeklong di Samut Songkrham, lebih kurang 60km dari pusat bandar. Penduduk tempatan memanggilnya Pasar Talad Rom Hoop, yang bemaksud "Pasar Payung Tarik" tetapi pelancong menggelarnya Scary Market (nak tahu apa yang scary kena baca lagi noooo).

Sekali pandang, pasar di sini tak ubah seperti pasar-pasar biasa yang terdapat di Thailand. Ada yang menjual buah-buahan, sayuran segar, rempah ratus dan bermacam lagi.


Apa yang lain??
Jika anda pandang ke bawah, anda akan sedar bahawa anda sebenarnya sedang berjalan di atas landasan keretapi! Dan bila anda terdengar siren, mungkin anda patut berundur ke tempat yang lebih selamat. Satu masa, penduduk kelihatan sibuk membeli barang keperluan, dan satu masa lagi mereka tenang menunggu di tepi landasan sementara peniaga menari semula bakul-bakul berisi barang jualan mereka ke tepi untuk memberi laluan kepada keretapi.


ponnnnn!ponnnn!Eeiiiii....seriau chek!


Eeeiiii! seriau nengok. Adakah bawang itu akan digilis keretapi?hehe

Dalam sehari, laluan perjalanan keretapi di sini adalah sebanyak 8 kali dari Stesen Ban Laem. Jadi, pastikan anda memeriksa jadual terlebih dahulu supaya anda tidak ketinggalan keretapi!


Fuh! sutun bakaq...

Udang oren yang cantekkkk

Bawang dengan akaq-akaq sekali depa juai

Ulaq ka ni? Kenit pun tak tau...tapi rasa cam sayuq kot?

Eeeiii! Wat is dissss? Kenit pandang skali ghuper macam ketam.
Pandang dua kali macam......onggg gedek gedek!
mak aiiii mati katak sungguh nooo..terkulai sunggoh!

sumber

P/S: Mana lagi scary? risiko kena langgaq ketapi ka? atau makan katak masak asam pedas seminggu sekali? Wuaarghhhhh!

24 comments:

  1. eeeiiiii.... mula2 tgk mmg scary giler pasar tu...
    tengok gmbar last... ishh, x g pun xpe la.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang last tu lagi scary kot hahaha. Masak ape sedap yek? (^_^)

      Delete
    2. goreng kunyit pun sodap... rangup2 gitu...
      werrkkkkkk... kembang tekak kite..

      Delete
  2. Replies
    1. Siappp! sila amik di pasar berdekatan yek ekekeke :D. Suker nau dia yer....

      Delete
  3. Waaaa sungguh menakutkan.. semak pn ada, nk naik keretapi pn susah.. sibuk ngn brg.. sayur mcm ulat tu namanya petola kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahla mieza.. Kenit tak pasti pulak tu petola ke ape. Mungkin sama spesis ngan petola gak kot hehe :D

      Delete
  4. ok..tang katak tu sangat geli... depa pi wat pasaq kat situ pasai pa... takdak tempat lain ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasai situ dah jadi tempat turun menurun tok nek depa meniaga. Kira macam ada historic value hehe. Tu pasai depa sanggup bergadai nyawa. Lagipun depa dah besa dah...pasai ada siren. Kalau takda siren mau jadi macam katak tu ha heeee (^_^)

      Delete
  5. pernah tgk kisah pasar ni dalam majalah3.. ngeri kita dok tgk.. tp dorang mcm biasa je niaga..

    erk!.. ada ong gedek2..wuueekk..

    *saya tambah kan sikit duit tabung sini.. kalau nak cepat bnyk, rajin click tuk kawan2, minta kawan2 blas sama.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa dah turun temurun nega camni mimie (^_^)

      timer kasih daun keladi,
      Kenit pun dah balas isi tabung tadi ekekeke

      Delete
  6. OMG mmg awesome pasaq2 tu...

    mohon vote Alin Marlini http://alinmarlini.com/tips-buat-duit-dengan-blog-dari-seminar-denaihati/

    ReplyDelete
  7. sama la kita membahasakan gula2 tu cekelat

    ReplyDelete
  8. hahahhaaha adeihhh,kak lea ni bw sambil sakit perut.tengok katak tu alahai terus bertambah sakit ngee...perghhh betapa kuatnya semangat depa berniaga padahal risiko tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka kamikaze kan diaorg ni kak?demi sesuap nasi..apapun katak tu memey RARE hehehe:D

      Delete
  9. Assalammualikum,,,,dulu mselim3 pernah baca entry nie ... mmg berbahaya... kalau kena langgar keretapi nie...mati free mana tahu tgh2 syok berniaga ....lagi satu thailand nie ada katak goreng...pehhh... geli geleman rasanya.... macam mana rasa katak nie...weikkhh....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mselim....

      risiko tu tetap ada tapi depa dah besa meniaga turun menurun kat sini dari zaman tok nek depa hehe. Apapun, depa dengaq siren, baru depa turun payung kalau tetiba tren mai haaa tu baru ada akai ekekeke....

      Katak gorengg???Perrghhhh cicah budu/sos/mayonis mungkinkah sedap?uweekk uweekkk :D

      Delete
  10. gulai lemak cili padi la katak tu...heheheh

    My recent post : Salam Perkenalan dari GREEN ARTWORK

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam pernah makan je? ekekeke :D

      thank you...akan berjogging ke tempat anda sebentar lagi (^_^)

      Delete
  11. saya kalau di pasar memang boleh pengsan..haha..sebab ramai sangat manusia..tak cukup oksigen ja rasa..huhu..betul juga tak payah bawa budak2..diaorang tu dah la lasak..tgk2 dah tak ada.magic betul..huhu..

    ngeri pasar kat thailand tu..huhu..eii..katak?! sedap ka..yurks...hoho :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nana, sesak napas kiter dibuatnyer hehe (^_^)

      Delete

Apa kata korang?