Monday, June 17, 2013

# Kenit Review

Rojak Bellamy

Assalamualaikum!~

Bulan 6 ni memang ramai orang kawen. Dah berminggu-minggu jugak Pak Jelan buat part-time. Orang kije Isnin sampai Jumaat, Pak Jelan sambung Sabtu dan Ahad. Sampaikan anak tanya kenapa Pak Jelan kije ari cuti? Cari rezeki sayanggggg.

Tapi, semalam Pak Jelan takda job, so kami pun pulun masa yang ada untuk bawak anak jenjalan. Tak jauh mane pun...opis je ekekekeke. Takpe, anak-anak tak merungut banyak asalkan kaki diaorg jejak tanah ekekekeke. Pagi cam biasa kami breakfast dulu kat kedai Nasi Lemak Mat Ganja pastu baru gi opis.

Macam biasa, akai memasing memang panjang. Ader je benda nak dimain. Suruh main kat luar ghupernye dia 'bersukan' dua beradik huhu.

Ready dah tu nak berlari

Apa nama game ni Kenit pun tak tau. Diaorg main belasah je amik apa yang ada kat atas jalan tu buat' mainan'. Ni la jenis yang tak reti duk diam ngeh3x~

Daun dan.......??? Sape tau? hehehe

Dua benda ni la yang dikutipnya buat bersukan. Macam2 akai anak-anak aku ni hehe. Biji ape tu yek? mcam buah nenas pun ada wakakaka. Teruk nau knowledge ibu korang ni heeeee. 

Cara mainnya? Dia kata, lari dan letak 'buah' tu atas daun kemudian lari patah balik. Haihhh.....


Ye ye je diaorg berlari! Semangat sukan bulan lepas dok ader lagi hehe

Penah berlari dah kan? perut masing2 pun dah kosong, tapi tak tau nak makan apa. Last2 kami singgah di Rojak Bellamy. Rojak Bellamy terletak di Jalan Bellamy (muahaha). Bagi yang dah tahu Jalan Bellamy bagussssss. Takyah celoteh panjang2. Bagi yang tak tahu, sila guna Sygic ke Waze ke Garmin ke. Taip Rojak Bellamy dan wallah! hehe.

Pandangan dari jalan besar. Belah kiri tu kedai PERNAMA. Yang gelap sikit
tu lah kedai rojaknya.

Parking kete kat sini. Pastu turun tangga sikit baru sampai hehe.
 Kedai rojak ni dikelilingi oleh pagar berdaun sehingga menutupi kedai di dalam.

The best thing makan kat sini ialah, korang terlindung dari kepanasan cahaya matahari hehe. Redup je suasana, tambah kalau time angin kencang pergghh! beranginnnnn.


Jalan masuk

Sila tengok papan tanda, bukan kapel tu yek hehehe

Kat papan tanda tu ada menu rojak dan mee goreng ala mamak. Harga? Berpatutan....
Sodap? Ni la den nak torai ni heeeee


Mi rebus sotong - ni Pak Jelan punye. Hanya RM5.50. Pak Jelan review kata sedap!
Mi dia pun banyak.


Inilah ghoper Rojak Bellamy. Sorry gambo kurang sempurna dek terliur tengok tak
tahan muahaha. Harga hanya RM3!!! RM3 and still boleh kenyang insyaAllah.

Kakak dan adik order horlick ais je????
Kakak ngan adik boleh tak order makanan kat sini? Haishhh rugi!..rugi! Suh order mi goreng takmo, nasi lemak takmo. Last2 order air je! Ape la kakak adik ni, ayah nak blanje kasi pau la betul2! Haihh..rugi! rugi!


Hah! den dah kabo an, mi tu sodap! ekau jua mahal. Sokarang tehegeh2 la
ekau nak makan ayah punyo heeee

Hah! ni lagi sowang, ekau makanla tisu tu yo! Nak sodap pi lotak kicap.

Haaaa tu la, makan tisu pun sodap yo! hehehe. Kakak ni memilih sikit bab makan. Taknak pedas taknak sayur..haihhh memang sejati ikut ayah dio. Lantak aihh...

Rojak Bellamy best in Kuala Lumpur! Petang2 memang ramai orang datang sini, especially asokar2 yang keje atau tinggal di KL Base.  Kalau korang nak terjah dan try Rojak Bellamy harap cepat2 terjah sebab.....






SEKIAN (^^,)

12 comments:

  1. wah stau bulan tu tutup..terbaik..hehe.. awat wani tak makan sayur?? sayur kan bagus..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahla nana..tekak diaorg ni sepesen ngan tekak ayah diaorg jenis tak makan sayur haha (samalah gak ngan ibunya punnnn).

      Delete
  2. Macam best :) x makan sgt mi.. tapi... erm... macam best... hehehehe

    ReplyDelete
  3. sedap je tngok anak-anak makan...hehe

    ReplyDelete
  4. seronok tgk anak2x tu main, macam enjoy je...dah lama tak merasa mee rojak.. kat muo nie pun ada mee rojak terbaik punyee, kedai tutup 1 bulan tu, tak rugi pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 memang nak seronok memanjang , benda apa pun boleh dibawak main janji seronok huhu.

      Kat muo banyak yang sedap abg bahrain, tp sampai la ni tak sempat nak terjah sana hehe.

      Delete
  5. sedap la sis..terliur nengoknye
    ske tengok poster menu tu..takyah customer nak refer buku menu..leh tengok kat dinding je
    sronoknye dua bradik main daun

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sis, kat sini takda menu kita order ikut tekak nak makan apa haha. Kalau susah sangat refer je kat wall tu heeee :D

      Delete
  6. pergghh. rojak tuu. rsa mcm nk mkn rojak la esok! huhuhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tapau sebungkus lagi boleh ka?heeeee :D

      Delete

Apa kata korang?