Semalam Yang Bersejarah...

Tuesday, June 25, 2013

Assalamualaikum!~


Tak tahulah nak start dari mana ni...
Kejadian semalam....hurmmm....



Start Ahad malam takleh tido, dada semakin 'sesak'. Nafas berbunyi turun naik seakan ada benda menghalang di kerongkong. Tido mengiring tak kena...tido sambil duduk tak kena. Pun begitu, kukuatkan jugak semangat untuk solat dalam keadaan tercungap-cungap.

Dalam solat, Allah berikan 'solution'. Walaupun Allah tarik nikmat bernafasku, tapi Allah berikan jalan penyelesaiannya melalui solatku. Selesai solat, ku terus sujud...nafasku kembali lega. Tak tahulah camner nak terangkan tapi posisi sujud seperti dalam solat itulah yang melegakan pernafasanku.

Nak kejutkan Pak Jelan tak sampai ati. Tengok anak2 tido lena dalam hati sempat lagi berkata 'mujurlah anak2 tak kena macam aku'.

Pagi pun datang dalam debu yang menyesakkan...
Pernafasan semakin terbatas. Tak boleh jadi...memang kes nak kena sedut gas ni!

Akhirnya benar bagai disangka...itulah pengalaman pertamaku masuk 'neb' (nebulizer) dan masuk oksigen. Ya Allah, andai Kau tarik nikmat ini maka matilah aku. Dalam hati pasrah je la....

Jantung check..clear. 
Paru-paru check...clear.
Pernafasan corong check..clear.

Alhamdulillah, doktor diagnos sesak nafas yang kualami bukan asma atau semput atau lelah. Cuma mungkin STRESS dengan keja atau ngan CUACA.....? 

Mentang-mentang keje aku ada kena mengena ngan cuaca...heeeeee.

Terima kasih ya Allah, sungguh aku tak boleh hidup tanpaMu...tanpa nikmatMu...

P/S: Terima kasih yang sudi terjah dan tinggalkan komen. Akan Kenit terjah sepantas yang boleh di blog korang pulak ye..insyaAllah (^_^)

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. sy dah lama x kena neb tu alhamdulillah.. smlm hmpir nk kna sedut inhaler, tapi bertahan je, sblum tido minum vco, bgun pagi Alhamdulillah lega dah kerkong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time merasa kena neb huhu...tak tau nak kata apa huhu

      Delete
  2. moga cepat sembuh ye..makan ubat tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. hati2x, jaga kesihatan. banyakkan minum air mineral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abg bahrain..ni pu dok pulun ayaq mineral gak ni heee :D

      Delete
  4. Replies
    1. macam tu lah kater doktor hehehe (^_^)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM