Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Wanita

Saturday, June 08, 2013

Assalamualaikum!~


Perkara terakhir yang seorang perempuan ingin dalam hidupnya adalah menjadi sebahagian dari statistik rogol. Memang ia suatu perkara terkeji dan terburuk pernah berlaku dalam hidup seorang wanita. Bagi masyarakat timur, kehormatan dan maruah seorang gadis masih menjadi kunci utama kepada penghormatan masyarakat terhadapnya.


Demonstrasi bantahan terhadap perogol susulan kes seorang pelajar dirogol
beramai-ramai di India bulan lepas.

Dan, sudah menjadi kelaziman bila sesuatu tragedi rogol berlaku dalam masyarakat, jari kita setia menuding menyalahkan orang lain tanpa kita periksa kesilapan sendiri.

Yang perempuan tuduh lelaki sebagai gila seks, tak pandai kawal nafsu dan sebagainya. Yang lelaki tuduh perempuan tak reti jaga diri, seksi dan suka menggedik buat orang lelaki gerammmm! 

So, dari kita menghabiskan sisa hidup kita berterusan menyalahkan diri orang lain, apa kata kita ambil langkap proaktif sedikit supaya ada win-win situation...amacam? (^_^)

Peranan lelaki sama penting dengan peranan wanita. Maka, Kenit nak highlight beberapa langkah pencegahan atau peranan yang boleh dijadikan sebagai panduan...insyaAllah.

Kita mulakan dengan wanita, kerana wanita yang jadi mangsa. Jadi, kita kena lihat apa yang ada pada wanita yang menarik perhatian si lelaki,


Peranan Wanita

Kenit ambil sepotong ayat dari Surah Ali-Imran yang bermaksud:



    "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu PEREMPUAN-PEREMPUAN dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

    Dalam al-Quran telah disebutkan dengan jelas bahawa perkara yang boleh menarik nafsu. Dan Allah meletakkan KITA (WANITA) pertama sekali. Faham? Bermakna, wanita merupakan perkara yang paling menarik hati manusia. Jangan ada yang menafikan ayat ini, kerana jika anda menolak ayat di atas maka anda telah menolak ayat-ayat Allah. Boleh jatuh murtad!Nauzubillahiminzalik...

    • Pakaian 



    a) Perkara pertama yang lelaki lihat pada seorang wanita adalah pakaiannya. Betapa Islam sangat menjaga kesucian maruah wanita sehingga diwajibkan mereka menutup aurat. Menutup aurat bukan membalut aurat. Pakailah pakaian yang longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh dan lekuk badan. Ini boleh menimbulkan syahwat kepada yang melihatnya. 


    b) Beberapa NGO wanita antarabangsa membantah keras sebab wanita mereka dirogol adalah kerana pakaian yang mereka pakai. Jawapan untuk itu, sudah ada dalam ayat quran di atas. Hakikatnya, pakaian yang tidak menutup aurat atau sekadar membalut tubuh wanita seringkali mengundang kegusaran di kalangan lelaki. Pernah anda  dengar atau baca berita wanita bertudung labuh jadi mangsa rogol? Tak pernah kan...?

    • Tabarruj
    a) Hakikat yang tak semua orang nampak. Tapi, ia boleh menyumbang kepada risiko dirogol. Bagaimana? Betapa sensitifnya nafsu lelaki ini, mereka mudah merasa tergoda dengan perhiasan wanita. Hatta, gincu merah di bibir pun boleh mencetuskan ghairah pada kaum lelaki.


    b) Maka, bersederhanalah dalam memakai perhiasan dan bersolek. Terutama, bagi pelajar dan wanita berkerjaya. Perhiasan dan kecantikan anda hanya LAYAK UNTUK SUAMI dan bukan untuk tatapan lelaki lain.


    • Pembawakan Diri
    a) Wanita yang menjaga kesopanan dan ketertiban di hadapan orang ramai tidak akan mudah menjadi sasaran perogol. Malah, mereka akan dihormati dan tidak sewenang-wenangnya diperlakukan yang tidak senonoh.

    b) Perlakuan yang menggoda dan menggedik di hadapan lelaki boleh mengundang fitnah dan jika ia dibiarkan, boleh menjadi 'barah'.

    c) Orang-orang tua dulu sering mengingatkan wanita jangan keluar malam, kerana tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat (dulu, perempuan yang keluar malam dianggap liar dan tak elok perangainya).

    d) Dalam Islam sendiri, wanita tidak digalakkan keluar malam KECUALI untuk hal-hal yang penting. Eg. pergi klinik sebab demam. Kalau keluar pun tidak berseorangan sebaliknya ditemani oleh ahli keluarga atau yang mahram sahaja.

    Sesuai dengan firman Allah:




    "dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)."


    (Surah Al-Ahzab ayat 33)

    Jadi, nasihat Kenit untuk anak-anak gadis dan juga untuk anak-anak Kenit bila dah besar nanti kalau ibu ayah tak bagi kuar malam, hatta untuk buat projek sekolah sekalipun atau nak pergi kedai beli gunting janganlah kamu memberontak nangis-nangis nak pergi kedai jugak. 

    Ketahuilah, ibu ayah mana tak sayang anaknya dan dah tentu tidak mahu sesuatu buruk berlaku terhadap kamu. Anak yang mendengar kata ibu ayahnya, Allah akan redha kepadanya dan urusannya (sekolah/kerja) insyaAllah akan dipermudahkan.

    • Doa
    a) Part ni paling crucial bagi seorang wanita. Beruntungnya kita yang beragama Islam ini diberi nikmat yang tiada pada orang bukan Islam, iaitu DOA. Doa itu senjata bagi umat Islam. Setiap perkara yang kita lakukan mesti dimulai dengan doa barulah ada berkatnya.

    b) Sayangnya Allah pada wanita, sehingga Allah berikan doa elak dirogol. Moga doa ini menjadi bacaan rutin kita dalam sembahyang dan sebelum menjejak keluar dari rumah. Pohonlah pada Allah agar kita dilindungi sepanjang perjalanan.


    c) Namun, perlu diingat poin DOA dan PAKAIAN perlu seiring kerana jika anda membaca doa tetapi masih memakai pakaian yang tidak menepati syarak, sudah tentulah tiada perubahan akan berlaku. Doa perlu seiring dengan usaha

    DOA - USAHA = TIADA HASIL (SIA-SIA)

    DOA + USAHA + TAWAKAL = HASIL

    "Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah

    1. Jaga aurat anda
    2. Jaga maruah seorang wanita
    3. Jaga solat, jangan melawan suami, ibu dan bapa

    InsyaAllah"

    -Ustaz Don Daniyal-

    Wallahualam


    You Might Also Like

    10 pengomen comel

    1. perempuan semua kena baca nie...
      yg penting jaga percakapan & penampilan..

      ReplyDelete
    2. Banyak punca, inilah fitnah dunia :)
      Nasihat yg bagus & tq coz akak support Tedi... skrg dah boleh mula bertatih menconteng interpretZZ, itu pun kalau ada apa nak dicoretkan :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdulillah..well done tedi. Support rakan blogger is a good feeling u know (^_^).

        Chaiyok tedi! (^_^)

        Delete
    3. salam sis...yelah perempuan yang kena bijak jaga diri dan penampilan.kadang2 ada juga lelaki ni lagi perempuan bertutup,lagi dia teruja.tu memang nak kena hempuk dengan batu giling!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wsalam kak...

        hahaha lek lu kak, sebelum kiter hempuk mereka kita kasi peringat dulu dlm next entri tntg peranan lelaki plak.

        Kalu masih tk fhm, br hempuk dgn segala jenis batu yg ada heeeee :D

        Delete
    4. tapi sekarang ramai pompuan pakai tudung berlegging.

      ReplyDelete
      Replies
      1. itu pun boleh mengundang ghairah orang lelaki hehe. Tu termasuk dalam poin pakaian yang sekadar membalut aurat.

        Sebab tu diadakan entri ni harap kita dapat mengubah penampilan kepada yang lebih baik dan menepati syarak ye dop ?(^_^)

        Delete
    5. btul..sebab tu Allah tekankan aurat bagi wanita berbanding lelaki.. fatamorgana dunia kan

      ReplyDelete
    6. ye setuju.. btw nice sharing ! :)

      http://santanmanis.blogspot.com/2014/04/cik-bu-sm-hilang-entry-khas-untuk.html

      ReplyDelete

    Apa kata korang?

    DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

    Facebook - HanimHashimDotCom

    Google+ Followers

    COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM