Amalan Cukur Jambul - Pandangan Ustaz Hassan Din.

Wednesday, July 24, 2013

Assalamualaikum!~

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

sumber : fb

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, 


"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama."

 (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. 

Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. 


Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Apa kata Ustaz Hassan Din?


Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. 


Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 


Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. 


Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. 


Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. 


“Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

sumber: fb

P/S: Tahukah anda bahawa adat bersanding di pelamin dan mengenakan inai yang dilukis di tangan sehingga keterlaluan adalah dicedok dari adat dan budaya orang Hindu?

You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. Alhamdulillah Emir dulu memang cukur botak terus..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis, itulah yang sebaiknya (^_^)

      Delete
  2. owh anak2 kak lea tiga2 tu cukur jambul sebagai syarat je..then dibotakkan terus.sebab rambut tu kan kotor dari rahim.patut ibu bapa muda baca entri ni...jangan buat kerana adat je,kan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak lea, yang penting kita ikut apa yang menjadi sunnah Nabi s.a.w, bukan adat.

      Delete
  3. banyak juga ye adat kita ambil dari amalan orang india hindu hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye faezah, masyarakat dulu menggunapakai adat orang Hindu sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu.

      Malangnya walaupun telah menerima Islam, ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan adat Hindu dalam kehidupan dan diterima sebagai adat Melayu.

      Delete
  4. zara.. anak dn anak2 menakan mmng cukur botak kepala..
    dan waktu berkahwin plk keluarga zara mmng tak bgi buat2 pelamin ni..klu zara pun tak mau sbb malu sama ..hee..=D..bnyak adat2 kita bercampur dgn adat agama lain..hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Sekarang ni pun orang ramai dah mula ada kesedaran tentang hal ini. Cuma kenit tak jumpa lagi di bandar2 ni. Di kampung memang banyak yang tak bersanding dah. Takat amik gamba je atas pelamin ok la.

      Delete
  5. Yup..tahu sebab tu tak buat... Sy khwin pun simple...xde p3lamin n sanding... Bergmbr 2 3 keping kat blik sbg kngn... Cukur jmbul bgai lagi lah x buat... Huhu... Ikut apa yg nabi sunnahkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...itulah yang sebaiknya kak. Bersederhana dalam semua perkara dan mengikut sunnah Nabi s.a.w

      Delete
  6. Anak sy sdh 3 tahun (ppn) masih boleh ke potong jambul

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM