Wednesday, July 31, 2013

# Ekstrim # Makanan

Burger Tabung Uji Pertama Di Dunia?

Assalamualaikum!~


sumber : google
Pernah terfikir tak suatu hari nanti, mungkinkah burger daging lembu yang kita makan sebenarnya bukan datang dari lembu, tapi datang dari makmal?! MAKMAL...yes..


'Burger Tabung Uji'? Macam maner tu? I can't imagine! Bayi tabung uji dah pernah dengar, tapi ni? How? How? Howwwwww laaaa! What's on your mind?





Get the idea??? Lebih kurang inilah konsep yang para saintis sedang usahakan untuk 'menghasilkan' patty daging lembu dalam makmal, pertama di dunia. Impossible? Not to them....

Omputih ni kalu boleh manusia pun nak diklonnya. But, first diaorg nak try ke atas lembu dahulu. Kalau jadi, next...human klon!

Burger tabung uji pertama di dunia, yang 'dihasilkan' dalam makmal bakal menjadi hidangan utama di sebuah restoran di London, Isnin depan, 5 Ogos.

Daging (patty) lembu yang seberat 5 auns (141.748 gram) 'dicipta' oleh Mark Post, dari Universiti Maastrict di Belanda. Ia akan dihidangkan kepada sekumpulan individu yang tidak dikenali untuk mengetahui bagaimana reaksi mereka memakan daging itu di hadapan para jemputan.

Matlamatnya (Post) adalah untuk membangunkan sumber mampan permintaan daging yang semakin meningkat tanpa memusnahkan dan mengurangkan sumber yang terhad di Bumi.

Proses Bermula Dengan Sel Stem

Pertama, sel-sel stem otot dituai dari lembu melalui biopsi.

Dari situ, ia 'dibangkitkan' seperti mana-mana makhluk hidup yang lain. Saintis memberi makan makanan yang stabil gula, lemak, asid amino, dan mineral.


sumber : google

Setiap inci otot juga 'digerakkan'.

Menurut saintis, otot diregangkan antara dua titik anchor. "Kecenderungan semula jadi yang kontrak menyebabkan ia bergabung, berkembang menjadi ketulan kecil daging," mereka menulis. "Sebahagian dari tiga ribu ketulan kecil daging kemudian 'bersatu' untuk mewujudkan satu hamburger bersaiz normal.


sel stem yang 'dibangunkan' dalam makmal.

Otot berwarna kelabu-putih kerana kekurangan sel-sel darah.

Walau bagaimanapun, Post merancang untuk menggunakan kaedah teknologi makanan yang sesuai untuk memperbaiki rupa, rasa dan tekstur untuk membuat ia sedikit lebih menyelerakan.


Ia menelan kos sekitar $ 384,000 untuk menghasilkan satu hamburger.

Mengapa Kita Perlu Melaksanakannya?

  1. Krisis makanan
  2. Perubahan cuaca

WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengganggarkan penghasilan daging sedunia akan meningkat dari 72% dari tahun 1999 sehingga tahun 2030, sasaran terbesar setakat ini.

Bagaimanapun, dunia semakin kekurangan tanah dan sumbernya.

Geeee.....the process sounds creepy though! Tahukan, apa jenis makanan yang diharamkan dimakan dalam Islam? Antaranya ialah, haram memakan daging haiwan yang tidak disembelih.

Jangan sampai 'daging' ini dapat masuk ke mana-mana restoran di dalam negara kita. Nampak biasa pada zahirnya, ghuper-ghupernye daging makmal! aiyakkkkkk!

P/S: Manusia semakin pelik!

14 comments:

  1. erkk..mmg xhalal ni..boleh pulak mcm ni, diorg xpelh kristian..dh main klon2 pula skrg..ntah brapa la 1 burger 2 nnti hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 ketika membeli patty terutama yang diimport. Itulah langkah yang boleh kita buat sebagai pengguna.

      Delete
  2. ISH!! depa ni mcm2lah..jgnla berger tabung uji ni smpi ke negara kita..Amin..
    menarik2 jgk kna tngok halal dn haramnya..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! kadang2 jadi trauma plak bila mengenangkan jika ini berlaku huhu

      Delete
  3. dunia semakin ketandusan tanah kerana banyak pembangunnan, tertanya2x jugak halal kalo dimakan nie kalo diklon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PETA sepatutnya memikirkan mekanisme bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan kesihatan haiwan ternakan ladang, bukan buat eksperimen begini....ni nak buat manusia bertambah obese ada la.

      Delete
  4. Erkkk.. Alamak... Terasa la tkut nk beli daging burger... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah daging burger yang ada di pasaran boleh dimakan. Yang penting rujuk kandungan label, dimana ia dibuat dan logo halal yang sah.

      Delete
  5. hmm.. mcm2..

    tapi betul jugak.. walaupun daging lembu, tapi status daging ni masih dikira tidak disembelih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, walaupun daging lembu adalah halal tapi kaedah penghasilannya bukan daripada haiwan lembu sebenar sebaliknya dari sel stem.

      Kita takleh makan daging yang bukan dari sembelihan. Sama kira macam makan bangkai jugak la. Wallahualam. Harap betulkan jika saya salah.

      Delete
  6. wahhh yeke ??? baru tahu :) thanks sharing :)

    ReplyDelete
  7. bahaya betul.. huhuhu agaknya rasa apa la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu yang musykil tu..nak makan tak sanggup rasanya. Rasa getah kot hehe :)

      Delete

Apa kata korang?