Thursday, July 11, 2013

# Diari Ramadhan Kenit

Diari Ramadhan - Hari Pertama

Assalamualaikum!~

Semalam hari pertama mereka berpuasa. Like last year, aku tidak pernah memaksa mereka untuk menunaikan Rukun Islam ke-3 itu. So, this year i did'nt do much on encouraging them to puasa. Sebab? Sebab aku taknak mereka puasa kerana aku yang suruh. Aku nak mereka faham dahulu apa itu puasa. Dan, yang paling penting aku nak mereka mahir solat dulu, baru puasa.

Anyway, subuh semalam kakak dah bagitau dia nak puasa. So i said "ok..kakak boleh puasa. Tapi, kalau tak tahan boleh berbuka dan minum air ok?". Then, sebelum pegi sekolah semalam dia bantai sebotol susu hehe.


Petang balik amik diaorg di taska, pengasuh bagitau kakak adik masih puasa tak berbuka lagi! WOW (dalam hati). Alhamdulillah......

Yang tak disangka-sangka tu pulak, adik pun ikut sama tak makan dari sekolah sampai ke taska. Minum pun taknak. Tapi, bila diaorg tengok muka aku terus jiwa memberontak nak berbuka muahaha. So, officially diaorg puasa sehingga pukul 4.45pm. Alhamdulillah and ibu so proud with both of you (of course aku dah cakap macam ni dulu depan diaorg semalam hehe).

Disebabkan mereka puasa dengan jayanya semalam, maka aku 'reward' mereka dengan something yang mereka suka.


Dalam banyak2 makanan, diaorg mintak kuih ni je??? Baik anak aku cam tau je
ibu dia nak save bajet muahahaha.

Dua beradik lapo sangat dah sampai kakak pun lupa nak
pakai baju!

Hahahaha dua jenis kuih ni je diaorg mintak. Bukan takda jual makanan lain, mungkin dah penat berjalan ngan orang ramai lagi tu yang takda selera nak intai satu-satu.  Korang tengokla, dah kenyang diaorg main2kan donat tu, diaorg makan coklat rice tu je, donat tak makan! Hamboiiii ni boleh mendatangkan hangin satu badan!


Ni aku punye, nasi lemak lauk ayam je la. Dah nak habih baru snap
sebab lapor kedarah sangat haha.

Aku pun mati kutu semalam tak tau nak beli apa kat bazaar ramadhan tu. Dengan orang berhimpit-himpit, makanan macam-macam pesen ada sampai menggeleng kepala aku tengok kiri kanan hehe. Akhirnya, aku capai nasi lemak ni je la. Nasi Lemak Kuala Lumpur kot nama dia. Aku tengok kat apron yang bro tu pakai je. Nasi lemak dia letak dalam periuk kayu, berasap macam baru pas masak so ok la tu hehe. Ayam goreng dia pun ok besar jugak. Kira kenyangla makan nasi lemak sebungkus.


Air asam boi

Buat penghilang dahaga aku beli air asam boi je la. Sebungkus RM2, aku rembat 2 bungkus. Memula nak cari air khatira yang kaler ijau tu. Tu memang air peberet aku. Tapi, semalam tak jumpa pulak. Asyik air soyaaaaaaa je, elok jugak kalu aku tukar selera rasa air asam boi pulak.

Hurmm memang tak banyak la makanan aku beli semalam. Sebab dah tahu tekak masing-masing boleh masuk takat mana hehe.  

18 comments:

  1. pembukaan yang ringkas...baiklah adik ngan kakak boleh puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe semangat budak-budak lain ngan kita yang dan senja ni :D

      Delete
  2. he3..mcm2 ragam =) bguslh ank2 berpuasa..kcil2 dh diajar berpuasa..kalau sy jd anak kakak..msti dh bntai byak bnda kat bazar..kui3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur dik bukan anak akak muahahaha :p

      Delete
  3. Wah.. Permulaan yg bgus ut berpuasa...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. w'salam terima kasih kerana menziarah :)

      Delete
  5. Kuih Hijau tu apa nama? nampak macam best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha adoiiii bab-bab nama kuih ni akak memang FAIL la tedi. Tapi, tu kuih memang old skool la hehe :p

      Delete
  6. bagus2, adik dengan kakak dah berusaha nak berpuasa tu..btw selamat berpuasa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa untuk alyn juga (^^,)

      Delete
  7. Ok la tue permulaan yg bgus utk kakak&adik...hrp2 lepas nie dapat puasa penuh pulak.. ;p

    ReplyDelete
  8. wah bagus2....anak kecil kak lea yang 6 tahun tu pulak,bangun sahur macam biasa.balik je rumah...lembek he3...terus berbuka.pelan2 latih dia..anjak satu jam..satu jam macam tu,kan he3..

    samalah kita.kak lea pun beli sikit2 je kuih-muih/puding/air.lauk prefer masak sebab kadang2 beli kat luar tu tak kena,ni tak kena.lagipun mahal.nak makan mewah2 masa weekend.maklumlah masa nilah kita mak2 nak rehat dari dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe budak2 begitula kak, tapi kita tetap kena bagi galakan. Kalau dah tak larat tu Kenit memang suruh diaorg berbuka aje (^^,)

      Delete

Apa kata korang?